Monday, July 14, 2008

WEHDATUL FIKRAH ( KESATUAN FAHAMAN)

Saudara sekalian, mari kita sama-sama bincangkan tajuk ini. Salah seorang dari pembaca blog ana suruh ana mengulas sedikit sebanyak tajuk ini. Semasa ana di jemput menjadi ahli forum di Maahad Muhammadi pada bulan mei kalu tak silap ana. Ada diantara penonton yang bertanya soalan ini pada ana, ana jawab sekadar yang boleh.

Jika kita lihat banyaknya jemaah-jemaah yang berunsurkan Islam di Malaysia ini seperti, JIM, PAS, ABIM, TABLIGH, ISMA, dan banyak lagi. Kemanakah arah tuju mereka semua?? Satu persoalan yang mesti kita jawab. Jika kita lihat pada hari ini umat Islam sedang berada dalam keadaan yang begitu teruk, dari segi akhlaknya, pergaulan dan sebagainya. Masing-masing hendaklah mengambil tugas dan peranan masing-masing. Jika JIM berpendapat ingin tarbiyyah dulu baru boleh tegak Negara Islam maka ia kena ambil tahu dalam masalah ini. Tabligh pula dengan amalan sunnahnya. Berpindah dari satu masjid ke satu masjid hendak bagi tahu pasal Islam, ini perkara yang bagus akan tetapi kumpulan ini membuang politik dalam kehidupan, yang dikejar hanya akhirat, politik ni dunia semuanya, ini kata-kata segelintir di antara mereka yang jumud dalam mentafsirkan Islam ini. Sehingga wujud ianya tabligh tetapi menyokong UMNO yang sesat. Ini tabligh yang otaknya berada di lutut. Bayangkan dia buat sunnah nabi akan tetapi lawan nabi!!!!!!! Pakai seban besar, ya Allah bukan main lagi, dengan tasbihnya tapi lawan perjuangan Islam. Ini satu perkara yang menyedihkan kita umat Islam. Namun bagi tabligh yang menyokong perjuangan Islam ana ucapkan syabas kepadanya dan teruskan berdakwah.

PAS pula menegakkan Negara Islam dengan acuan Al-Quran dan Sunnah. Telah lama Pas berjuang untuk perkara ini, Alhamdulillah ada masa kita menang dan ada masa menerima kekalahan, ini lumrah setiap perjuangan. Berapa ramai pejuang PAS yang ditangkap, dikurung dalam tahanan ISA, dibunuh, dibuang negeri dan bermacam-macam lagi perkara yang dilakukan oleh UMNO dan BN bagi menyekat kemaraan gerakan Islam ini. Ana ingin bertanya kepada tabligh yang menganut mazhab UMNO atau yang tidak bermazhab, berapa ramai pemimpin tabligh yang kena tekanan ini semua?? Ana bukan nak memperlekeh mereka semua tetapi supaya berfikir sebelum lawan perjuangan Islam. Malu lah dengan serban yang ada di atas kepala tu………..

Untuk menyatukan perkara ini, maka semua jemaah ini boleh meneruskan kerja masing-masing, dalam masa yang sama kita menyokong perjuangan menegakkan Negara Islam yang di ketuai oleh PAS. Kerana PAS sahaja lah satu pertubuhan yang berjuang menegakkan perkara ini. Apa salah nya jika JIM juga menyokong PAS. Alhamdulillah sekarang ana nampak JIM pun semakin faham perkara ini. Ramai tokoh-tokoh dari JIM berada dalam parlimen dan dun. Ini suatu fenomena yang begitu baik sekali. Kita sama-sama bersatu melawan musuh-musuh Islam ini. Jangan kita berpecah antara satu sama lain. Bagi ana, PAS lah yang boleh membawa cita-cita kita untuk menegakkan DAULAH ISLAMIYYAH. Jika gerakan yang lain ingin tegakkan juga maka berada lah di bawah naungan PAS. Yang sedihnya ada juga mereka yang menyokong JIM dalam masa yang sama menghentam PAS habis-habisan. Alasannya tidak berpuas hati dengan segelintir pimpinan dalam parti. Baiklah ana ingin bertanya kepada mereka ini, mana lebih elok kita menentang segelintir pimpinan yang kita tidak berpuas hati dengan mereka atau kita sama-sama menentang kezaliman UMNO dan BN itu??? Mana lebih aulawiyyat nya sahabat-sahabat sekelian?? Mana yang lebih untung, dan mana yang lebih ruginya?? Ada juga diantara mereka yang menolak gerakan Islam dengan alasan ada unsur-unsur syiah di dalamnya, perkara ini boleh di selesaikan secara elok sebenarnya, mereka rela meninggalkan perjuangan Islam kerana perkara ini, sedangkan kita hendak membanteras fahaman nasionalis yang lebih bahaya dari itu lagi…
Ada satu lagi golongan yang sibuk dengan sufi nya sehingga mereka tidak pedulikan apa yang hendak berlaku dengan nasib umat Islam hari ini. Kerja mereka berwirid, bertasbih sahaja. Bila kita cakap politik dia kata kotor. Ini fahaman yang jumud. Malah Al imam ibnu Qayyim menyebut bahawa, diantara orang yang merosakkan Islam itu sendiri ialah ulama’-ulama’ yang berfikiran kolot dan jumut. Mereka rela Negara dan bangsa mereka di jajah, asalkan mereka boleh mengamalkan wirid-wirid mereka dah cukup katanya… Imam Al ghazali sendiri pun seorang yang sufi serta menerima politik dan beliau sendiri menulis dalam kitabnya mengenai pemimpin dan rakyat di dalam satu bab yang khusus sila rujuk kitab (bidahatun nihayah)

Oleh yang demikian maka kita seharusnya menyokong seratus peratus usaha untuk menegakkan Negara Islam ini jika kita benar-benar ingin mengamalkan Islam itu secara menyeluruh. kerana dengan ada kuasa barulah segala perundangan dan pelaksanaan dapat di jalankan Jangan lah kita bergaduh kerana yang untungnya musuh kita…

Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga

0 comments:

Post a Comment