Hari ini umat Islam semakim lupa tentang hari-hari kebesaran Islam, kita asyik sibuk dengan perayaan-perayaan yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat, lupakah kita semua bahawa bulan ini merupakan berlaku peristiwa mukjizat yang agong kepada nabi saw. Mengenai peristiwa ini telah ana tulis pada tulisan yang lalu.
Tetapi malangnya kita pada hari ini lebih ingat kepada bulan masihi berbanding bulan hijrah dalam kelendar Islam. Amat sedih sekali sekiranya perkara ini melanda umat islam pada hari ini. Berapa ramai umat Islam yang mengambil tahu dalam bab ini? Apabila kita menyambut perayaan ini ada yang menuduh kita sebagai bida'ah. Adakah kita faham apa dia bida'ah itu? Kita menyambut bukan dengan berarak di tengah jalan, cuma kita mengingati kembali peristiwa dalam kelendar Islam, ada juga mereka yang jumud dengan mengatakan salah dan bida'ah kita menyambut perayaan ini. Ana pun tidak faham dengan mereka ini, ISLAM HADHARI yang nyata bida'ah dan sesat mereka tidak berani membuka mulut dalam bab ini, adakah mereka redha dengan Islam rekaan ini. Ada segelintir ulama' dalam negara pada hari ini tidak istiqamah dalam menyatakan pendirian mereka mengenai perjuangan Islam, ada juga yang tidak mahu berpolitik, mana boleh ulama' tidak berpolitik, jika kita lihat dalam sejarah semua ulama' dahulu berdepan dengan tekanan dan penderitaan. Sebagai ualma' kita harus tetap dengan pendirian kita dalam segala masalah. Jangan kita jadi seperti kata pepatah ' dikandang anjing menyalak, bila di kandang kambing mengembik'. Ada di kalangan ulama' yang bersifat begitu pada hari ini.
Mereka lebih suka mencari populiriti, ulama macam inilah yang merosakkan Islam. apabila kita di gelar mufti, qadhi, ustaz dan sebagainya kita harus bersifat tawadduk dengan ilmu kita. Semua orang di anggap tidak betul dan bida'ah, ini bukan sifat ulama'. Oleh itu ulama' hendaklah berani melawan segala kemungkarn yang berlaku dan membela Islam dengan jiwa dan harta. Kita jangan takut dengan ugutan dan tomahan, kerana ia merupakan ganjaran pahala yang besar di berikan oleh Allah kepada kita......
BANGUNLAH WAHAI ULAMA' SEKALIAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment