KEIHKLASAN DALAM PERJUANGAN
Sudah dua hari ana tidak update blog ana ni, ana kurang sihat sebenarnya. Rasa macam nak deman, maklumlah perubahan cuaca.
Tajuk yang ana pilih dalam tulisan ana kali ini mengenai dengan keikhlasan. Tujuannya supaya kita menilai sejauh manakah keikhlasan kita dalam mengharungi perjuangan ini. Bunyi memang mudah tapi untuk laksanakannya merupakan satu cabaran. Fiman Allah Taala:
وما أمروا إلا ليعبد الله مخلصين له الدين
Daripada ayat di atas, jelas membuktikan bahawa keikhlasan menjadi tunjang yang paling penting dalam segala perbuatan. Dalam ibadat, perjuangan dan lain-lain. Bekerja dengan ikhlas akan membuah hasil yang baik, ini kerana pekerjaan itu di susuli dengan keredhaan Allah Taala. Dalam perjuangan keikhlasan lah yang paling penting untuk mencapai kemantapan jemaah dan kemenangan.
Ana ingin membawa contoh seorang yang berjuang dengan ikhlas dalam PAS khususnya. Allahyarham ust Bunyamin Yaakub. Sebut sahaja nama nya pasti orang akan tersenyum. Seorang yang lantang dalam berhujjah, yang tidak pernah gentar pada musuh, yang sanggup mati kerana Islam, yang tidak mengharapkan harta dan kekayaan dalam menjalan tugas. Allahyarham ialah salah seorang yang di sayangi oleh Tuan Guru Mursyidul Am. Ana pernah bercakap dengan Tuan Guru bahawa salah seorang yang di doakan oleh Tuan Guru ialah Ust Bunyamin ini. Keikhlasannya dalam perjuangan tidak boleh di nafikan lagi sehingga allahyarham di anugerah sebagai tokoh penerangan negeri kelantan. Allahyarham tidak mengumpulkan harta dalam perjuangan ini. Tidak ada harta bergedung-gedung yang beliau tinggalkan. Cuma semangat jihadnya menjadi contoh kepada jenerasi akan datang.
Begitu juga dengan Assyahid Us Ibrahim Libya. Ini lah contoh orang-orang yang ikhlas. Sanggup menggadaikan nyawa nya untuk Allah. Tidak mementingkan harta. Dimanakah semangat itu wahai pejuang sekelian!!!!!!! Ada\kah ianya telah lenyap dibawa arus kemodenan.
Ayuhlah pejuang sekelian kita mengambil contoh dari pejuang ini. Ada di antara kita sibuk mengumpulkan harta sehingga lupa bahawa kita pejuang Islam bukan pejuang PAS sahaja. Baru sahaja menang, yang minta naik gaji pun ada. Yang mintak balak pun ada, yang mintak projek pun ada. Berebut jadi penghulu pun ada. Kadang-kadang kelakar juga mendengarnya. Sebab itu lah telah ana katakana pada tulisan yang lepas. Bahawa usrah lah menjadi penggerak kepada perjuangan ini.
Memanglah orang yang ikhlas dalam perjuangan ini akan banyak menghadapi ujian. Di antaranya ia akan di tentang oleh golongan yang berjuang kerana berkepentingan. Mereka akan menimbulkan bermacam-macam kontrovesi untuk menjatuhkan seseorang. Ana harap perkara ini tidak wujud dalam gerakan Islam ini. Tetapi bunga-bunga nya sudah pun kelihatan. Ada yang sanggup memfitnah seseorang kerana ingin mengangkat dirinya. Ini bukan sifat pejuang Islam yang sebenar!!!!!!
Golongan ini ibarat sampah sarap dalam jemaah. Yang mencemarkan jemaah ialah golongan ini. Yang membuatkan pucuk pimpinan pening kepala ialah golongan ini. Ana rasa biar lah Allah zahirkan niat golongan berkepentingan ini. Supaya mudah kita sisihkan mereka ini. Kerana mereka telah merosakkan jemaah.
Allahyarham Us Bunyamin merupakan idola ana. Keikhlasannya tidak dapat dinafikan lagi….
AYUHLAH IKHLASKAN DIRIMU WAHAI PEJUANG!!!!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment