Sunday, May 17, 2009

tabik dua belah tangan

saya bersyukur pada allah kerana diberi kesempatan lagi untuk bersama sidang pembaca sekelian...

saya ingin memohon banyak-banyak kemaafan kerana lama tidak menili, maklumlah baru mendirikan rumah tangga.. hehehehe...

saya tertarik dengan apa yang diletupkan oleh us nik abduh dalam tulisannya, saya angkat tabik bukan sebelah tangan tetapi dua belah tangan untuk us...
saya rasa, saya orang yang terlewat memberi komen kerana suasa sudah tidak panas seperti dulu. namun keberanian us nik abduh tidak dapat di nafikan lagi, sanggup di maki, di marah, di fitnah asalkan dapat menyatukan dua hati yang suci... namun allah sahaja yang tahu isi hati mereka-mereka yang cuba mengeruhkan jemaah islam ini. apa yang paling penting semua ahli perlu berdoa kepada allah supaya tidak wujud lagi pengampu-pengampu dalam jemaah. supaya allah taala tunjukkan yang benar itu benar dan batil itu batil !!!!

walau bagaimana pun, kembalilah pada niat yang asal. apa tujuan kita terjun dalam medan ini??? adakah perjuang islam ini satu medan untuk melaga-lagakan sesama sendiri?????... insaf dan sedarlah jemaah sekelian... bahawa medan ini merupakan medan yang amat getir ibarat seorang nelayan berhempas pulas dengan badai ribut dan gelombang di tengah lautan, jika kemudi nya patah maka bot akan hilang arah tujuan...

semoga kita semua di rahmati allah!!!!!