Rabu, 9 Julai 08
INDAHNYA PERSAHABATAN KERANA ALLAH
Ana nak kongsi pengalaman dengan pembaca semua mengenai persahabatan, kalu kita melihat kepada suatu hadis nabi s.a.w yang berbunyi:
لا يؤمنوا أحدكم حتى يحب لأ خيه ما يحب لنفسه
Maksudnya:
“ tidak beriman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudaranya sebagai mana ia mengasihi diri nya sendiri”
Dan satu lagi hadis nabi s.a.w yang di bawah tajuk KEMANISAN IMAN, di antara tiga perkara yang di sebut oleh nabi bagi seseorang mencapai kemanisan iman ialah: kamu kasih kepada sahabat kamu yang mana kasih dan sayang kamu itu hanya kerana Allah s.w.t.
Ini lah yang di sebutkan sebagai nilai persahabatan dalam Islam yang disemai oleh nabi s.a.w. Apakah kita memberi perhatian kepada hadis ini bagi membentuk satu usrah yang kukuh persaudaraan, yang kasih mengasihi di antara satu sama lain kerana Allah. Jika persahabatan ini dapat kita bina maka akan lahirlah suatu kumpulan sebagaimana rasulullah dan para sahabat.
Cuba kita lihat kepada cara nabi s.a.w bersahabat, macam mana nabi membentuk kasih sayang di antara para sahabat begitu hebat sekali. Nabi turut berlapar bersama. berjuang bersama, bergurau dan susah dan senang bersama. Nabi juga berjaya mewujudkan perpaduan di antara Muhajirin dan Ansar yang mana mereka tidak pernah kenal diantara satu sama lain sebelum ini. Akan tetapi dengan kitab Allah, nabi telah berjaya menyatukan keduanya dengan persahabatan yang erat lagi jitu… Contohnya Bilal bin Rabah (muezzin nabi s.a.w). Beliau tidal lagi dapat melaungkan azan selepas kewafatan nabi. Ini kerana kasih dan cinta pada rasulullah itu masih lagi segar dalam ingatan mereka.. Walaupun nabi telah pergi meninggal mereka namun seolah-olah nabi masih berada disis mereka. Inilah usrah yang berjaya di bina oleh nabi s.a.w…
Marilah kita renung kepada diri kita sendiri, bagaimana cara kita berkawan dengan sahabat-sahabat kita. Adakah kita memilih sahabat sesuai dengan kehendak Islam? Atau pun kita hanya sekadar hendak berkawan kerana ada kepentingan tertentu? Untuk membina nilai persahabatan yang kukuh maka kita hendaklah membuat satu usrah yang berlandaskan kepada Islam….
Banyak perkara yang kita dapat jika kita berjaya membuat suatu usrah dalam kita menjalinkan persahatan ini.. kita akan dapat bertukar fikiran, kita dapat menyelesaikan masalah serta berkongsi masalah. Dan berjaya mendidik kita merima pendapat orang lain serta patuh kepada kepimpinan…
Ana ingin mencerikan pengalaman ana semasa ana duduk di Pulau Melaka.. ana buat satu usrah, ana didik seberapa yang ana boleh. Alhamdulillah………………… ana banyak syukur kepada Allah kerana kami berjaya kukuhkan nilai kasih saying di antara kami dalam usrah ini.. kami berjaya tautkan hati dekat dengan Allah s.w.t…
Inilah pentingnya kita bersahabat kerana Allah oleh kerana kita bukan sekadar berkawan di sini sahaja tetapi persahabat kita ini sampai ke akhirat. Jika kita bersahabat dengan sahabat yang baik maka baiklah kita, tetapi jika kita bersahabat dengan orang yang rosak maka rosakkalah kita..
SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment