Sunday, July 27, 2008

Ana begitu terkejut apabila seorang rakan menghantar email kepada ana. Apabila ana membaca satu keratan berita yang di hantarnya yang diambil dari HARIAN METRO mengenai satu cerita yang amat memalukan umat Islam pada hari ini. Cerita mengenai pelajar sekolah rendah yang membuat pengakuan secara terbuka mengenai kegitan salah laku seks mereka bersama saudara terdekat sendiri.

Ana membaca berita tersebut sambil linangan air mata tidak di sedari gugur ke bumi. Ya Allah betapa dasyatnya manusia pada hari ini. Dimana pergi tanggungjawab ibu dan bapa mereka????
Jika kita lihat pada hari ini ibu bapa kurang mengambil perhatian mengenai soal tanggungjawab mereka pada anak-anak. Kehidupan keluarga Islam sudah tidak wujud lagi, malah ada di antara kita yang mengatakan, takut hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama kerana peluang perkerjaan tidak ada. Ini pandangan yang KURANG CERDIK. Nabi SAW bersabda yang bermaksud " mana-mana orang yang Allah hendak berikannya kebaikan nescaya Allah beri mereka faham agama"

Haram dan Halal tidak boleh di hukum dengan akal manusia tetapi ia hendaklah berlandaskan kepada Al quran dan Hadis.

Soalnya sekarang di mana ibu bapa dalam masalah ini, adakah mereka memahami masalah ini? Apabila kita melihat kepada masalah yang berlaku kepada remaja pada hari ini, jelas kita lihat bahawa mereka tidak di dedahkan dengan agama sejak kecil lagi. Bagi pihak kerajaan pula, dasar pendidikan perlu di ubah dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Jika kedua-dua pihak ini dapat memainkan peranan masing-masing, ana yakin dan percaya perkara ini dapat di selesaikan dengan mudah.
Oleh kerana itu lah pihak-pihak yang berkenaan jangan terlalu memandang rendah terhadap orang yang belajar agama. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan cara Islam dalam setiap sudut. Dalam soal solat umpamanya, ibubapa hendaklah menyuruh sejak dari kecil lagi, membawa ke masjid, majlis ilmu dan pelbagai cara lagi yang perlu di buat bagi anak-anak terikat dengan suasana agama itu sendiri.

Kita jangan memandang masalah ini sebagai perkara biasa. Apa akan jadi 10 tahun akan datang jika perkara ini kita tidak sama-sama banteras dari akar umbi. Pernahkah ibubapa meluangkan masa bersama anak-anak mereka??
Dlam masalah mendidik anak ini, kita kena lihat contoh seorang tabi'in yang bernama Lukman Al Hakim, dia menyuruh anaknya bertaqwa pada Allah, buat yang makruf dan cegah kemungkaran. Adakah sama didikan kita dengan didikan Lukman ini???? tepuk dada tanya diri masing-masing..............................

Insyaallh pada tulisan yang akan datang ana akan megutarakan wasiat Lukman Al hakim.......

0 comments:

Post a Comment