MAKSIAT
Sesungguhnya perbuatan maksiat melemahkan kekuatan hati manusia. Maksiat memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.
Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan oleh Allah dalam hati.
Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman. Imam Malik berkata:
“aku melihat Allah meletakkan cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”
Sementara itu Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair: “ saya mengadu pada guru saya Waqi mengenai mutu hafalankuyang buruk,maka ia mengarahkan aku supaya meninggalakan maksiat, ia berkata: Ketahuilah bahawa ilmu Allah itu adalah kemulian dan kemulian Allah tidak di berikan kepada ahli maksiat.”
Antara kesan dan pengaruh maksiat ialah:
1. REZEKI TIDAK LANCAR
Dalam musnad Ahmad, Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba di haramkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”
Ketaqwaan mendatangkan rezeki dan maksiat mentadangkan kekafiran.
2. HATI JAUH DARI RAHMAT ALLAH
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, semetara hati yang mati tidak mempunyai perasaan itu.
Ada seorang lelaki mengadu kepada ahli makrifat mengenai perasaan keterasingan hatinya, lalu di jawab ahli makrifat tersebut, “ jika kamu mememukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang merasa keterasingan kecuali kerana dosa”.
3. KETERASINGAN ANTARA MANUSIA
Perasaan terasing bukan sahaja dengan Allah tetapi juga sesama manusia terutamanya dengan mereka yang melakukan kebaikan.
4. ALLAH AKAN MENYULITKAN SEGALA URUSAN
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu dalam setiap urusannya. Orang yang bertaqwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh dari taqwa akan di sulitkan urusannya.
5 KEGELAPAN DALAM HATI
Kegelapan itu nyata dakam hatinya sebagaimana malam yang gelap. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara kemaksiatan pula adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati, maka seseorang itu semakin kuat berada dalam kebingungan. Akibatnya, ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkannya tanpa di sedari.
6. MALAS DALAM IBADAH
Orang yang melakukan maksiat akan malas melakukan ibadah. Sedangkan segala bentuk pengabdian kepada Allah adalah di beri ganjaran pahala yang melebihi dunia dan seisinya.
7. TERBIASA MEMBUAT DOSA
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan merasakan bahawa dosa yang dilakukannya itu adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian dari kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.
Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak merasakan dirinya terhina. Perasaan itu adalah kelazatan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga dengan menceritakan maksiat yang dilakukan.
Rasulullah SAW bersabda: “ Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali orang yang terang-terang membuat maksiat dan mencerikan aibnya kapada orang lain pula. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh yang demikian, betapa bahayanya perbuatan maksiat itu dan mudah-madahan kita di lindungi dan di jauhi dari perkara yang membinasakan diri kita sendiri.
Fiman Allah Taala:
يأيْها الذين ءامنوا قواأنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس وألحجارة عليها ملآئكة غلاظ شداد لايعصون الله مآ أمرهم ويفعلون ما يؤمرون
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api neraka Allah, yang bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu-batu, dan padanya juga terdapat malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah dengan apa yang diperintahkan kepadanya, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan kepadanya”.
( DI PETIK DARI RISALAH DR A’IDH ABDULLAH AL-QARNI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment