Friday, July 11, 2008

MENGHADAPI FITNAH ADALAH SATU KEMANISAN PERJUANGAN


الم, أحسب الناس أن يتركواْ أن يقولوا ءامنا وهم لا وهم لا يفتنون
ولقد فتنا الذين من قبلهم , فليعلمن ألله الذين صد قوا ْوليعلمن الكذبين

Maksudnya:
“ alif lam mim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan , “kami telah beriman” dan mereka tidak di uji?
Dan demi sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta”.

Saudara sekelian.
Ana menulis sedikit peringatan ini untuk sama-sama kita berkongsi pendapat dan pengalaman bahawa fitnah dalam perjuangan pasti akan ada. Berjuang itu pahit, tapi syurga itu manis. Jika kita sandarkan pada ayat yang di atas ini jelas menunujukkan bahawa Allah Taala tidak akan membiarkan manusia itu cukup dengan mengaku telah beriman tetapi kita semua pasti akan di uji..
Nabi-nabi terdahulu sememangnya menerima ujian yang hebat sehingga termaktub sebagai ulul azmi. Diantara nabi-nabi ulul azmi ialah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad s.a.w.. Nabi Nuh berdepan dengan kaumnya yang sangat degil, enggan menerima petunjuk dari dari Allah. Nabi Ibrahim a.s berdepan dengan kerajaan yang thagut yang mengaku dirinya lebih berkuasa dari Allah. Baginda juga berdepan dengan ayah nya sendiri yang degil dan cuba bertindak keras jika nabi Ibrahim masih meneruskan dakwahnya.
Nabi Musa a.s berdepan dengan zaman yamg penuh dengan kezaliman dan penindasan terhadap kaumnya sendiri. Firaun yang menjadi dictator pada masa itu bertindak mengikut nafsu nya. Tetapi Allah swt mengatur segalanya. Perancanagn Allah adalah perancangan yang tetap,adapun perancangan manusia berubah-ubah. Firaun tersungkur akhirnya dan mati dalam kekafiran. Nabi Isa a.s pula berdepan dengan kaum nya sendiri yang membuat pelbagai fitnah kepada baginda namun Nabi Isa hadapi semua itu dengan mukjizat dan pertolongan Allah Taala.
Nabi yang paling banyak merima ujian dari Allah Taala ialah nabi Muhammad saw. Dari kecil hingga lah menjadi seorang nabi dan seterusnya wafat. Nabi saw mengharungi itu semua dengan doa dan usaha yang gigih untuk menyampaikan risalah Allah. Cuba kita bayangkan susahnya nabi saw mengharungi pahit manis perjuangan Islam ini untuk menegakkan sebuah masyarakat yang takut kepada Allah Taala. Tetapi pada hari ini terdapat juga golongan yang engkar dengan membawa islam yang lain yang diberi nama ISLAM HADHARI… berani saya katakan bahawa fahaman yang mereka buat ini ialah satu pandangan yang SESAT dan melawan Allah Taala. Bagi mereka yang bersetuju dengan hadari ini, malu lah kepada nabi saw. Ana takut di akhirat nabi tak mengaku umat.

Kita beralih sedikit kepada kes DSAI adakah ia fitnah atau pun benar?? Kita serah kepada Allah Taala. Jika ia hanya lah satu fitnah maka ana ingin katakan bahawa itulah kemanisan perjuangan. Kadangkala fitnah yang di lemparkan itu sama ada Allah ingin memperingatkan kita atau Allah ingin menaikkan kita dita di mata masyarakat. Bagi ana kita serah pada Allah supaya Allah menjawab satu persatu sama ada benar ataupun sebaliknya,.. Ana ingin memperingatkan di sini juga bahawa perjuangan ini mesti lah ikhlas dan niat yang jitu untuk menegakkan Islam. Ada sesetengan kita ni hanya mementingkan melayu sahaja, adakah berguna bangsa melayu di hadapan Allah nanti?? Cubalah kita fikir… ada juga orang kata dengan bela melayu lah baru islam terbela…. Ini semua pandangan yang songsang yang di ajar oleh golongan yang berfahaman NASIONALIS atau ASOBIYYAH. Golongan ini yang kita hadapi sekarang. Dan setengah dati golongan ini berkawan dengan kita sekarang, berjaga-jaga wahai pejuang Islam dengan golongan ini, kita takut ia akan menjerut leher kita nanti…. Kita bukan nak sangka buruk tapi kita berjaga-jaga. Sebab selagi mana mereka ini tidak di tarbiyyah dengan semangat pejuang islam, selagi itulah mereka hanyut dengan kebangsaan nya walaupun telah bersahabat dengan gerakan Islam, kadang-kadang mereka tidak menghormati dasar dan perundangan gerakan Islam ini sehingga mereka sanggup mengkhianati perjanjian yang di buat.
Adapun sebuah garakan Islam itu bersifat teguh walau di landa ribut yang kuat, dan terpaksa mengharungi ombak yang ganas, namun ianya tetap teguh kerana dasarnya dan kepimpinannya. Apabila ulama’ yang memerintah maka kita akan lihat hasil yang baik kerana orang yang takutkan kan hanya lah para ulama’. Apabila kita serahkan kepimpinan kepada orang yang tidak tahu cara Islam kita akan lihat banyak masalah yang akan timbul. Pilihlah saudara sama ada ulama’ atau orang yang hanya tahu bercakap Islam tetapi mengkhianati perjuangan Islam??????? Ana yakin dan percaya kita akan teguh bersatu jika kita berpegang kepada prinsip dan perjuangan Islam ini. Walaupun kita terpaksa menunggu seratus tahun lagi untuk menang kita akan tetap dengan keyakinan dan istiqamah yang di didik dalam perjuangan Islam ini. Sekarang ialah zaman UMNO kembali kepada PAS, dan bukannya PAS pergi ke umno. Daripada kita berkawan dengan kawan yang kadang-kadang menjerut leher kita, baiklah kita mengajak musuh duduk semeja dengan kita….. Dunia politik ni, kawan menjadi lawan dan musuh kadang-kadang menjadi kawan…..

FIKIR-FIKIRKAN

0 comments:

Post a Comment