Saturday, July 25, 2009

dua berita gembira bagi aku

salam,

hampir sebulan telah berlalu kita berperang di manik urai, keputusannya berpihak kepada kita alhamdulillah... namun ramai yang bertanya kenapa mejoriti semakin menurun? di mana-mana pun soalam itu yang di tujukan kepada jemaah... apa pun yang berlaku kita tetap menang, tidak hairan bagi saya, kelatan pernah memerintah dengan mejoriti 1 kerusi dan 2 undi sahaja, namun kerajaan tidak tumbang walaupun ada cubaan dari tangan-tangan yang jahat yang cuba meruntuhkan kejaan islam kelantan.
apa yang perlu kita fahami ialah kita bukan pejuang pas semata-mata tetapi kita adalah pejuang islam, kadang-kadang kita sangat mahir mengenai politik, tetapi kita tidak faham apakah dia yang dikatakan sebagai islam itu sendiri.. sebab itu masih wujud di dalam jemaah perkara bida'ah, khurafat dan sebagainya. ini berlaku oleh kerana kita tidak memahami apakah sebenarnya yang di katakan perjuangan islam...

saya juga panjatkan syukur kepada allah oleh kera tidak lama lagi saya akan bergelar sebagai bapa.. hehehhe. macam-macam perasaan yang saya alami, berdebar pun ada, suka pun ada. mungkin orang lain pun serupa agaknya. namun saya harap kepada semua yang membaca artikel ini sama-sama mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.... saya bercadang tahun depan selepas isteri bersalin, hendak sambung kembali belajar di yaman.. itu lah harapan saya, sebab saya tidak mahu kecewakan semua orang terutamanya us ja yang saya anggap sebagai guru dan abang..... maaf jika tersilap bahasa..... salamullahi alaikum

Sunday, July 12, 2009

NIKMAT ALLAH YANG KITA DUSTAKAN

(petikan tazkirah Ustaz Ismail Kamus- UIK)



Umur manusia ada tiga
satu semalam, dua esok, tiga hari ini..

Umur yg esok kita tak tau apa kesudahan,
Semalam dah lepas, kita dah x boleh buat apa-apa,
yang ada pada kita, masa ini,
kalau nak beribadah masa ni,
kalau nak bertaubat atas dosa-dosa silam pun hari ni.


Jangankan kata umur kita, nafas kita ni pun terbahagi pada 3,
kejap tadi, kejap lagi, dan sekarang.
kejap tadi, dah lepas
kejap lagi, belum tahu...
yang sekarang ni pun,
nafas yang dah tarik, belum tentu dapat hembus keluar

kalau yang sekarang ni tengah hembus nafas,
belum tentu dapat tarik nafas kejap lagi.


UIK juga menyebut tentang mensyukuri nikmat Allah,
nikmat Allah terbahagi pada 2,
nikmat yg kita nampak dan nikmat yang tak nampak..

Nikmat yg kita nampak,
contohnya seperti harta, pangkat, increment gaji dll.
yang tak nampak masyaAllah

UIK bg contoh nikmat yg x nampak,
cuba tgk mata kita, bila tidur mata tutup
bila jaga mata berkelip
kalau tidur mata celik, tak pening kepala kita..

Dan contoh lain UIK bg ialah jantung...

Cuba perhati jantung kita~~~
Bila kita tidur, jantung jalan
bila kita berjalan, jantung jalan
bila kita berhenti jantung jalan
bila jantung berhenti, kita yg jalan ..

MasyaAllah nikmat Allah yg mana kita dustakan?

UIK quote satu hadith " Umur umatku ini dalam lingkungan 60-70 thn"
cantik Allah design umur kita,

Sehari diazan dan diqamatkan
7 hari diberi nama
7 thn solat
10 thn rotan kalau x solat
15 baligh
25 kahwin
40 matang
60 tahun standby~~~~

Tapi ada jugak yg Allah saja x bg ikut design tu..

Maka sbb tu disarankan kita rajinkan berdoa pada Allah
"Ya Allah, janganlah cabut nyawa kami mengejut"

Ada org mati mengejut, x sakit x apa, tau2 mati tercekik buah kelapa..
nauzubillah...


UIK pn mengakhiri tazkirah ringkas itu dengan soalan terakhir~~~

manusia itu terbahagi pd 4 golongan

1- bahagia di dunia dan bahagia dia akhirat
2 -bahagia di dunia tapi celaka di akhirat
3 -celaka di dunia dan celaka di akhirat
4 -celaka di dunia tapi bahagia di akhirat


maka kita di mana2 agak-agaknya?