Saturday, October 25, 2008

HARI ESOK UNTUK ISLAM

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.
Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala

:" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain
menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.
Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
Fajar menyinsing
Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.
Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam
telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.
Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.
Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.
Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt: "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.
Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.
Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.
Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Thursday, October 23, 2008

IBNU QAYYIM

Menghuraikan falsafah ekonomi Islam.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 - 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.
Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu 'Abd Allah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa'ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M ditempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara'id.

Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman bin Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba'li (709H), al- Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin 'Abd al-Da'im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), 'Isa al-Mut'im (719H), Isma'il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661 - 728/1263 - 1328).

Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah tafsir al-Quran, hadith, usul al-fiqh, dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim mempelajari ilmu dan pelbagai bidang, akhirnya menjadikan beliau terkenal sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, tafsir, bahasa Arab, ilmu kalam, dan hadith. Malah menurut Ibn 'Imad, Ibn Qayyim merupakan seorang yang alim dalam bidang tasawuf.

Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan pada zamannya dan dapat menguasai pelbagai bidang ilmu. Beliau merupakan salah seorang faqih yang mempunyai autoriti dalam Mazhab Hambali. Ada sesetengah Ulama Sufi menggelarkannya sebagai sufi agong. Beliau juga mempunyai personaliti dan peribadi yang baik yang amat sukar ditandingi oleh orang lain yang semasa dengannya. Ibn Kathir (774H/1373M), salah seorang anak muridnya pernah menyatakan bahawa Ibn Qayyim kuat beribadat dan peribadinya disukai oleh orang ramai pada waktu itu. Antara lain Ibn Kathir menulis, "Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadat seperti Ibn Qayyim. Apabila sembahyang, sembahyangnya begitu lama. Beliau memanjang rukuknya dan juga sujudnya."

Selaku seorang ulama yang terkenal, Ibn Qayyim telah didampingi oleh ramai orang yang berguru dan mempelajari pelbagai bidang ilmu dengannya. Antara anak muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir tokoh dalam ilmu hadith dan sejarah, Zayn al-Din Ibn Rajab al- Hambali (795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hambali, dan Ibn Hajar al-'Asqalani (852H/1449M) seorang tokoh hadith yang tidak asing lagi.

Menurut penyelidikan Dr. 'Iwad Allah Jad Hijazi penulisan Ibn Qayyim dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan berjumlah 66 buah. Penulisan itu ada yang berjilid-jilid, ada yang tebal dan ada yang kecil serta ringkas. Dalam bidang tafsir Ibn Qayyim menulis Kitab al'Tibyan fi Iqsam al'Qur'an, Tafsir al Muuawwizatayn, Tafsir Surah al'Fatihah yang terdapat di awal Kitab Madarij al-Salikin, dan lain-lain lagi.

Dalam bidang Hadith, Ibn Qayyim menulis kitab-kitab seperti Tahdhib al-Siman oleh Abu Dawud, al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib, dan sebagainya. Dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh beliau menyumbangkan kitab-kitab seperti, Ilam al-Muwaqqi'in 'an Rabb al-'Alarum, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar'iyyah, al-Solah wa Ahkam Tariqiha, Tuhfah al-Mawdud biAhkam al-Mawlud, Bayan al-Dalil "An Istighna" al-Musabaqah 'an al-Tahlil, al-Tahlil Fima Yaaill wa Yaarum min Libas al-Harir, dan sebagainya.

Dalam bidang tasawuf Ibn Qayyim menulis yang antaranya, kitab-kitab Madarij al-Salikin, Rawdah. al-Muhibbin wa Nuzhah ai-Mushtaqin, al-Fawa'id li Ibn Qayyim, 'Uddah al-Sabirin wa Dhakhirah al-Shakirin, Taraq al-Hijratayn wa Bab al-Sa'adatayn, dan sebagainya. Dalam bidang kalam dan falsafah Ibn Qayyim menulis beberapa kitab seperti, Shifa' a-'Alil fi Masa'il al-Qada' wa Al-Qadar wa al-hikmah wa al-Ta'lil, Kitab al-Ruh, Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, dan Miftah dar al-Sa'adah wa Manshur Wilayah al-'Ilm wa al-Iradah.

Dalam bidang sejarah, beliau menulis Kitab Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad. Ibn Qayyim juga menulis al-Tibb al-Nabawi, Talbis Iblis, al-Jawab al-Kafi 'an Lima Sa'ala 'An al-Dawa' al-Shafi, dan lain-lain lagi.

Ibn Qayyim dalam penulisannya juga telah menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan falsafah ekonomi Islam iaitu konsep manusia Islam (homo islamicus) dan manusia bukan ekonomi (non homo economicus), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu, dan peranan kerajaan dalam ekonomi.

Dalam hal ini, Ibn Qayyim menggariskan asas kepercayaan Islam bahawa setiap manusia bertanggungjawab membimbing diri sendiri ke arah menjadi hamba Allah yang baik dan Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan petunjuk.

Dalam pengajian ekonomi, manusia digambarkan sebagai makhluk yang sifat, gelagat, dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, dan menjadikan keuntungan sebagai asas penting dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul.

Selain itu, Ibn Qayyim menekankan bahawa hidup di dunia ini merupakan ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T. Ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk anugerah harta kekayaan ataupun diberikan kehidupan yang susah. Anugerah kekayaan kepada seseorang tidak bermaksud Allah S.W.T sayang kepadanya. Demikian juga ujian kemiskinan tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang. Harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia bukanlah bererti hidup ini penuh dengan kesenangan.

Ibn Qayyim juga ada menyentuh soal keadilan yang merupakan teras semua aspek dalam kehidupan. Menurut Ibn Qayyim, keadilan merupakan objektif dan matlamat utama Syariah. Hal ini demikian adalah kerana Syariah itu mengandungi keadilan, keberkatan, dan kebijaksanaan. Perkara yang bercanggah dengan keadilan akan menukarkan keberkatan dan kebajikan kepada laknat dan kejahatan, dan daripada kebijaksanaan kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada Syariah.

Sehubungan dengan itu Ibn Qayyim menjelaskan nilai-nilai etika yang baik seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi mereka. Antara nilai etika yang baik ialah kepatuhan kepada Allah SWT, ketaatan

kepada agama, sifat baik, jujur, dan benar. Apabila nilai etika tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kegiatan ekonomi, akan menjauhkan nilai-nilai jahat seperti pembohongan, penipuan, dan korupsi.

Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa akibat daripada sifat semula jadi yang suka berbohong akan menyebabkan kejayaan tidak tercapai dalam kehidupan.
Apabila keadaan ini berlaku, kehidupan perekonomian akan cacat termasuk juga aspek-aspek lain dalam kehidupan. Dalam perkataan lain, pembohongan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang-orang Islam.

Memandangkan akibat yang besar daripada ketidaktaatan dan kejahatan sosial, Ibn Qayyim ada menulis bahawa kesan-kesan dosa akan membawa kepada tidak baik dan dikutuk. Dosa-dosa ini mencacatkan jasad dan roh manusia yang merosakan kehidupan di dunia ini dan selepas mati.

Sifat-sifat yang negatif seperti pembohongan, penipuan, dan pengeksploitasian serta ketidakjujuran mendorong kepada keadaan yang tidak tenteram dalam kehidupan masyarakat. Akan berlaku huru-hara, kecurigaan, ketidakstabilan, dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat. Apabila semua perkara ini berlaku, kegiatan ekonomi akan menguncup.

Sebaliknya nilai-nilai etika yang diamalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan masyarakat akan hidup mewah.

Selain itu, Ibn Qayyim menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan individu jika individu berkenaan menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat. Dalam hubungan ini, Ibn Qayyim telah memetik sepotong hadith Rasulullah s.a.w. mengenai seorang hamba (harta) yang dimiliki bersama oleh
beberapa rakan kongsi (tuan) yang hendak dibebaskan oleh salah seorang daripada tuannya, sedangkan tuan-tuan yang lain tidak bersetuju dengan pembebasan tersebut.

Dalam kes ini Rasulullah s.a.w. memutuskan harga yang adil dan rakan-rakan kongsi yang lain diminta menerima bahagian masing-masing. Selepas itu, hamba berkenaan telah dibebaskan.

Hadith ini menjadi asas pada Ibn Qayyim dalam menentukan peraturan bahawa sesuatu harta yang tidak boleh dibahagikan dan dimiliki bersama boleh dijual jika salah seorang daripada para pemiliknya berhasrat untuk
menjualnya.

Jelas, beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim tersebut merupakan antara prinsip dan teras ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.

Tuesday, October 14, 2008

aslkm

Ana ingin memohon berbanyak2 kemaafan oleh kerana lama tidak update blog ana ini. ana mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat di elakkan. tetapi allmduillh dengan pertolongan dari allah, ia memberi ruang yang seluasnya pada ana untuk meneruskan lagi agenda dakwah ini.
insyaallah ana akan terus menulis, doakan kejayaan ana,,,

Saturday, September 13, 2008

TUJUH GOLONGAN YANG BERTEDUH DI BAWAH ARASY ALLAH

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللُه فِىْ ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ اِلاَّ ظِلُّهُ : اَلإِمَامُ الْعَادِلُ , وَشَابٌ نَشَأَ فِىْ عِبَادَةِ رَبِّهِ , وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِىْ الْمَسَاجِدِ , وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِىْ اللِه اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ,وَرَجُلٌ طَلَبَتْهٌ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وََ جَمَالٍ فَقَالَ إِنِّىْ اَخَافُ اللهَ , وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ , وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ .[6]
Bermaksud :
ِAda tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :-

Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.

Daripada hadith di atas tujuh golongan antara yang terbanyak diuji ketahanan daya juang mempertahankan komitmennya terhadap agama dalam kehidupannya itu ialah :

Golongan pertama - Pemimpin .
Setiap pemimpin mestilah sedar bahawa dirinya sedang diuji oleh Allah. Pandangan umum menyatakan apabila seseorang sudah mencapai tahap kepimpinan dia akan mengecapi segala kemudahan dan kenikmatan. Namun jika dirinya sendiri tidak dipimpin oleh pimpinan iman maka corak kepimpinannya yang tidak amanah, rasuah dan menggunakan apa sahaja cara untuk kekal memimpin akan memusnahkan dirnya sendiri. Mungkin dia akan merasa sedikit kenikmatan ketika menjadi pemimpin tetapi apabila kenikmatan yang sedikit itu dinikmati dengan cara yang salah maka kesengsaraan diakhirat akan melupuskan sama sekali kecapan nikmat di dunia dahulu.

Golongan kedua - Pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah .
Seorang pemuda sentiasa diuji ketahanan imannya menghadapi cabaran zamannya. Segala kenikmatan boleh diraih dengan mudah kerana ia sudah berada di hadapan mata. Memang diakui bahawa amat payah untuk seorang pemuda komited dengan landasan hidup beragama kecuali dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Golongan ketiga - Seorang lelaki yang hatinya sudah terpaut dengan masjid.
Manusia boleh menikmati kenikmatan sementara apabila ia berada di bangunan-bangunan lain selain dari masjid seperti panggung wayang, pusat-pusat membeli belah, pusat-pusat permainan video dan lain-lain tempat. Tetapi pakej kenikmatan yang ditawarkan oleh masjid adalah lebih kekal dan menarik.

Golongan keempat - Dua orang lelaki yang membina persahabatannya kerana Allah .
Kebanyakan orang merasa kenikmatan bersahabat dikecapi dengan memperolehi kepentingan–kepentingan tertentu. Oleh itu kita mendapati kadang-kadang demi menjaga tali persahabatan yang terselindung di sebaliknya kepentingan lain, sahabat yang terus bergelumang dengan maksiat dan dosa dibiarkan begitu sahaja .Ada kalanya timbul keadaan dulu kawan sekarang lawan disebabkan kepentingan dirinya telah diraih setelah memerahnya dari sahabatnya. Persahabatan kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah.

Golongan kelima - Seorang lelaki yang berjaya mempertahankan imannya walaupun ia digoda oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan rupa paras muka yang menawan.
Andainya lelaki berkenaan menuruti kehendak wanita berkenaan, maka ia akan mengecapi nikmat tetapi hanya beberapa ketika sahaja berbanding ia akan menghadapi balasan getir dari Allah SWT di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita terselamat dari bentuk godaan seperti ini.

Golongan keenam - Seorang lelaki yang menyembunyikan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain.
Ada kalanya manusia yang tipis imannya cuba meraih kemasyhuran dengan berderma dan merasa amat selesa jika dermanya itu berhasil dengan dirinya digelar dermawan oleh masyarakat. Maka ia merasa itu satu nikmat tetapi hakikatnya ia adalah nikmat sementara kerana ia bakal menghadapi sengsara yang berkekalan di akhirat nanti.

Golongan ketujuh - Seorang lelaki yang bersendirian bermunajat kepada ALLah SWT lalu mengalirkan air matanya penuh penyesalan dan akur kekerdilannya di hadapan Allah.
Amat sukar untuk mencari individu seperti orang berkenaan disebabkan selalunya apabila seseorang itu bersendirian maka serta merta ia akan dikunjungi dengan fikiran-fikiran yang buruk, hasad dengkinya akan mula meluap semula, balas dendamnya akan berputik semula, fikirannya akan menjelajah ke daerah-daerah yang diharamkan Allah dan sebagainya.Bagi seorang mukmin hubungannya yang rapat dengan Allah akan membawa kenikmatan yang hakiki baginya.

Mudah-mudahan Allah akan kekalkan kita dalam perjuangan menegakkan dan mengekalkan iman dalam diri, keluarga dan masyarakat serta kita diberi kesedaran bahawa kita sedang diuji iman kita.
بَـارَكَ اللَّـهُ لِى وَلـَكُمْ فِى الْـقـُرْأَنِ الْـعَـظِـيْـمِ وَنـَفـَعَـنِى وَاِيـَّاكُمْ بـِاْلاَيـَاتِ وَالـذِّكـْـرِ الْـحَـكِـيْـمِ, وَتـَقـَبَّـلَ مِـنِّى وَمِـنـْكُمْ تِـلاَوَتـَهُ اِنـَّهُ هُـوَ الـسَّـمِيْـعُ الْـعَـلـِيْمُ. اَقـُوْلُ قـَوْلِى هَـذَا وَاَسْـتَـغْـفِـرُ اللَّـهَ الْـعَـظِـيْـمَ لِى وَلـَكُمْ وَلِـسـَائِـرِ الْـمُـسْـلِـمِـيْـنَ وَالْـمُـسْـلِـمَـاتِ وَالْـمُـوْءمـِنِـيْنَ وَالْـمُـوْءمِنـَاتِ فـَاسْـتـَغـْفـِرُوْهُ اِنـَّهُ هُـوَ الْـغَـفـُوْرُ الـرَّحِـيْـمُ .

-------------------------------------------------------------------------------------------------


[1] Surah Al Mulk 2
[2] Surah Ar Rahman 26 & 27
[3] Surah Al Zalzalah 7 & 8
[4] الحديث أخرجه مسلم فى الصحيح : كتاب صفات المنافقين و أحكامهم : باب صبغ أنعم أهل الدنيا فى النار و صبغ أشدهم بؤسا فى الجنة
[5] الحديث اخرجه مسلم فى الصحيح : كتاب الجنة و صفة نعيمها و اهلها : باب فى صفة يوم القيامة
[6] الحديث أخرجه البخارى فى الصحيح كتاب الأذان : باب من جلس فى المسجد ينتظر الصلاة و فضل المساجد
geovisit();

Thursday, September 11, 2008

BANYAK DOSA KERAS HATI

( di hantar oleh seorang hamba Allah )

SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti. Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun.
Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing. Sangat tidak betul kata-kata itu.
Kubur kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang. Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.
Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:

(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.

(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.

(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.

(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.

(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.

Tuesday, September 9, 2008

ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI

(Kiriman sahabat ana)

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..."

Monday, September 8, 2008

MOTIVASI

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI....Siri (16)di petik dari Dr Fadillah Kamsah


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renungkanlah.....

Friday, August 29, 2008

FATWA PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN (DI PETIK DARI BUKU SYEIKH ABDUL MAJID ZINDANI TERJEMAHAN PERMAYA)

Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Berkenaan Benda-benda Yang Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan

Keputusan nombor 99\1\D10

Berkenaan Benda-benda Yang Membatalkan Puasa Di Dalam Bidang Perubatan

Sesungguhnya Majlis Himpunan Fiqh Islam yang bersidang pada perhimpunan muktamarnya yang kesepuluh di Jeddah, Kerajaan Saudi Arabia, sepanjang jangka masa dari 23 sehingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M);

Setelah ia meninjau kajian-kajian yang dikemukakan di dalam tajuk benda-benda yang membatalkan Puasa di dalam skop perubatan, dan [meninjau] penyelidikan, kajian dan saranan yang datang daripada Forum Fiqh Perubatan Ke-9 yang diadakan oleh Badan Islam bagi Sains Perubatan, dengan kerjasama Perhimpunan ini dan pihak-pihak lain, di Dar Baidho’ di Kerajaan Maghribi, di dalam tempoh bermula 9 hingga 12 Safar 1418H (bersamaan 14 – 17 Jun 1997M), serta mendengar kepada perbahasan yang berlaku sekitar tajuk dengan penyertaan para Fuqaha dan para Doktor, dan melihat kepada dalil-dalil dari Kitab dan Sunnah, serta kepada kata-kata para Fuqaha;

Ia telah memutuskan apa yang berikut:

Pertama: Perkara-perkara berikut tidak dianggap termasuk dari pembuka-pembuka Puasa:

1. Titis mata, atau titis telinga, atau pencuci telinga, atau titis hidung, atau semburan hidung, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.

2. Pil-pil ubat yang diletakkan di bawah lidah untuk menangani sesak nafas dan selainnya, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.
3. Apa yang memasuki faraj daripada supositori(*), atau cucian, atau teropong faraj, atau jari untuk pemeriksaan perubatan.

4. Memasukkan teropong atau spring(**) dan selainnya ke dalam rahim.

5. Apa yang memasuki kemaluan, iaitu saluran kencing yang zahir pada lelaki dan wanita, dari titis (saluran halus), atau teropong, atau bahan yang dikenakan sinaran, atau ubat, atau larutan untuk mencuci pundi [kencing].

6. Menebuk gigi, atau mencabut geraham, atau membersihkan gigi, atau bersugi dan memberus gigi, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.

7. Membilas mulut, berkumur, dan semburan ubat yang diletakkan pada mulut, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.

8. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien.

9. Gas oksigen.

10. Gas-gas anestetik (bius) selama mana tidak diberikan pesakit tersebut cecair-cecair (larutan-larutan) nutrien.

11. Apa yang memasuki tubuh secara diserap melalui kulit; seperti minyak, salap, pelekat-pelekat berubat pada kulit yang membawa bahan-bahan berubat atau kimia.

12. Memasukkan tiub (saluran halus) ke dalam saluran darah untuk mengambil gambar atau merawat saluran jantung atau anggota-anggota lain.

13. Masukkan teropong melalui dinding perut untuk memeriksa usus atau menjalankan operasi pembedahan terhadapnya.

14. Mengambil sampel (cebisan) hati atau anggota-anggota lain, selama mana tidak diiringi dengan pemberian larutan.

15. Teropong perut, sekiranya tidak mengiringinya pemasukan cecair-cecair (larutan-larutan) atau bahan-bahan lain.

16. Masuk apa-apa alat atau bahan rawatan ke dalam otak atau saraf tunjang.

17. Muntah tidak sengaja, berlainan dengan yang sengaja (memuntahkan).

Kedua: Seseorang doktor Muslim harus menasihatkan pesakit untuk menanggungkan apa yang tidak memudharatkan penangguhannya, sehingga sesudah berbuka, bentuk-bentuk rawatan yang disebut sebentar tadi.

Ketiga: Penangguhan menerbitkan keputusan di dalam bentuk-bentuk yang berikut, kerana keperluan untuk tambahan kajian dan penyelidikan berkenaan kesannya terhadap Puasa, berserta penumpuan terhadap apa yang datang di dalam hikmah-hikmatnya daripada hadith-hadith Nabi dan athar-athar daripada para Sahabat:

a- Pembekaman dan bekam.

b- Mengambil sampel darah makmal untuk pemeriksaan, atau memindahkan dari daripada orang yang menderma, atau menerima darah yang dipindahkan.

c- Suntikan yang digunakan di dalam merawat kegagalan buah pinggang dengan menyuntik pada membran yang melapik dinding rongga abdomen (peritoneum) atau pada buah pinggang buatan.

d- Apa yang memasuki dubur daripada suntikan dubur, atau supositori, atau teropong, atau jari untuk pemeriksaan perubatan.

e- Operasi-operasi pembedahan dengan anestetik am, sekiranya pesakit telah berniat puasa sejak malam, dan dia tidak diberikan sedikit pun cecair-cecair (larutan-larutan) bernutrien.


والله أعلم

------------------------------------------------------------------------------------------------


(*) Ubat pejal berbentuk silinder atau kon yang dimasukkan ke dalam dubur atau faraj supaya larut dan melepaskan bahan aktifnya.
(**) IUD : Alat daripada logam atau plastik, berbentuk lingkaran, gelung, segi tiga atau T, yang dimasukkan ke dalam rongga uterus untuk mencegah penghamilan.

Monday, August 25, 2008

BUKTI KEIKHLASAN

Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi


Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yg banyak sekali, cthnya dlm kehidupan orang yg mukhlis; dlm tindak-tanduknya, dlm pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Di antaranya adalah:

Pertama: Takut Kemasyhuran

Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dan didedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

Maka dr itu zuhud dlm masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yg serba gemerlap lbh besar drp zuhud dlm masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: “Kami tdk melihat zuhud dlm hal tertentu yg lbh sedikit drp zuhud dlm kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dlm masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lbh banyak lagi.”

Inilah yg membuat para ulama salaf dan orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dr ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh krn itu mereka memperingatkan hal ini kpd murid-muridnya. Para pengarang buku tlh meriwayatkan dlm pelbagai gambaran ttg tingkah laku ini, spt Abu Qasim a-Qusyairi dlm ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dlm Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dlm al-Ihya’.[1]

Begitu pula yg dikatakan seorang zuhud yg terkenal, Ibrahim bin Adham, “Allah tdk membenarkan orang yg suka kemasyhuran.”

Beliau juga berkata, “Tdk sehari pun aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pd suatu mlm aku berada di dlm masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sdg sakit perut. Lalu muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dr masjid.”

Beliau berasa senang krn muazzin tersebut tdk mengenalinya. Maka dr itu beliau diperlakukan secara kasar, kakinya diseret spt seorang pesakit. Beliau meninggalkan kedudukan dan kekayaannya krn Allah. Sebenarnya ketika itu beliau tdk ingin keluar jika tdk sakit.

Seorang zuhud yg terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, “Saya tdk mengenal orang yg suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina.”

Beliau juga berkata, “Tdk akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yg suka terkenal di tgh manusia.”

Seseorang prnh menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, “Berilah aku nasihat.”

Ibn Muhairiz berkata, “Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tdk dikenal, berjalanlah sendiri dan jgn mahu diikuti, bertanyalah dan jgn ditanya. Lakukanlah hal ini.”

Ayyub as-Sakhtiyani berkata, “Seseorang tdk berniat secara benar krn Allah kecuali jika dia suka tdk merasakan kedudukannya.”

Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yg dipercayai. Jika semakin ramai orang-orang yg berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya menjadi terkenal.

Salim bin Handzalah menceritakan, “Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya.”

Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah yg tlh engkau lakukan?”

Jawab Umar, “Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bg yg mengikuti dan ujian bg yg diikuti.”

Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yg pd permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yg jauh terhadap kejiwaan orang-orang yg mengikuti dan sekaligus orang yg diikuti.

Diriwayatkan dr al-Hasan, beliau berkata, “Pd suatu hari Ibn Mas’ud keluar dr rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.”

Pd suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kpdku? Jika tdk, mengapa kejadian spt ini masih tersemat dlm hati orang Mu’min?”

Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yg mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, “Andaikata tdk krn aku tahu bhw Allah mengetahi isi hatiku ttg ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dr Allah.”

Ibn Mas’ud berkata, “Jadilah kamu sbg sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pd waktu mlm dan pembaharu hati yg diketahui penduduk langit, namun tdk dikenal penduduk bumi.”

Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup utk tdk dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tdk dikenal? Apa sukarnya engkau tdk disanjung-sanjung? Tdk mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.”

Athar-athar ini tdk mengajak kpd pengasingan atau uzlah. Orang-orang yg menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yg amat baik dlm menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yg dpt difahami dr sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dr naluri jiwa yg tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yg disusupkan syaitan ke dlm hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yg serba gemerlap dan dikelilingi orang-orang yg mengikutinya.

Kemasyhuran itu sendiri bknlah suatu yg tercela. Tiada yg lbh masyhur drp para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yg tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sgt bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tdklah menjadi masalah, sekali pun ia ttp menjadi ujian bg orang-orang yg lemah, spt yg dikatakan oleh Imam al-Ghazali.

Sejajar dgn pengertian ini yg tlh disebutkan dlm hadith Abu Dzar drp Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bhw Baginda prnh ditanya ttg seorang lelaki yg melakukan suatu amal kebajikan krn Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.

Maka Baginda menjawab, “Itu kurnia yg didahulukan, sekaligus khabar gembira bg orang Mu’min.” (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Ada pula lafaz lain, “Seseorang melakukan amal krn Allah lalu orang-orang pun menyukainya..”

Pengertian spt inilah yg ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan alin-lainnya.

Begitu pula hadith yg ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dr hadith Abu Hurairah, bhw ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kpdnya.”

Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala krn merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”

Kedua: Menuduh Diri Sendiri

Orang yg mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbg orang yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm melaksanakan pelbagai kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh suatu amal dan takjub pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk diterima.

Krn sikap spt ini, ada sebahagian di antara para salaf yg menangis tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa orang yg menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?”

Beliau menjawab, “Apa yg membuatkanku tahu bhw hanya sedikit dr amal-amalku yg masuk dlm timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah tlh berfirman, Allah hanya menerima (amal) dr orang-orang yg bertaqwa,”

Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dr itu al-Quran menambahinya dgn firman Allah yg bermaksud: “Maka sesungguhnya itu timbul dr ketaqwaan hati..” (al-Hajj: 32)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Taqwa itu ada di sini,” Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya. (HR Imam Muslim)

Sayyidah Aishah prnh bertanya kpd Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ttg orang-orang yg dinyatakan dlm firman Allah bermaksud: “Dan orang-orang yg memberikan apa yg tlh mereka berikan dgn hati yg takut, (krn mereka tahu bhw) sesungguhnya mereka akan kembali kpd Rabb mereka.” (al-Mu’minun: 60)

“Apakah mereka orang-orang yg mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kpd Allah?”

Baginda menjawab, “Bkn wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yg mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tdk diterima. Mereka itu bersegera utk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yg segera memperolehinya.” (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)

Orang yg mukhlis sentiasa takut terhadap riya’ yg menyusup ke dlm dirinya, sdg dia tdk menyedarinya. Inilah yg disebut syahwah khafiyyah yg menyusup ke dlm diri orang yg meniti jalan kpd Allah tanpa disedarinya.

Dlm hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan, “Kepentingan peribadi dlm kederhakaan amat jelas dan terang. Sdgkan kepentingan peribadi di dlm ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yg tdk nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yg masuk ke dlm dirimu dan orang lain juga tdk melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila orang lain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dlm beribadah. Maka kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah terhadap dirimu. Tdk perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata mereka.”

Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dr Liputan

Amal yg dilakukan secara diam-diam harus lbh disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan. Dia lbh suka memilih menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk diketahui dan tdk dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu jamaah, ibarat akar pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tdk terlihat oleh mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa asas, dinding tdk akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tdk dpt ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat jelas. Syauqy berkata di dlm syairnya:

Landasan yg tersembunyi
Tdk terlihat mata krn merendah
Bangunan yg menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah

Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”

Keempat: Tdk Memerlukan Pujian Dan Tdk Tenggelam Oleh Pujian

Tdk meminta pujian orang-orang yg suka memuji dan tdk bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tdk terkecoh ttg hakikat dirinya di hdpn orang yg memujinya, krn mmg dia lbh mengetahui ttg rahsia hati dan dirinya drp orang lain yg boleh tertipu penampilan dan tdk mengetahui batinnya.

Ibn ‘Atha’illah berkata, “Orang-orang memujimu dr persangkaan mereka ttg dirimu. Maka adalah engkau orang yg mencela dirimu sendiri krn apa yg engkau ketahui pd dirimu. Orang yg paling bodoh adalah yg meninggalkan keyakinannya ttg dirinya krn ada persangkaan orang-orang ttg dirinya.”

Diriwayatkan dr Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh, bhw jika dipuji orang lain maka beliau berkata, “Ya Allah, jgnlah Engkau hukum aku krn apa yg mereka katakan. Berikanlah kebaikan kpdku dr apa yg tdk mereka ketahui.”

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata kpd orang-orang yg mengekori dan mengerumuninya, “Andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.” Padahal beliau adalah sahabat yg menonjol, pemuka petunjuk dan pelita Islam.

Sekumpulan orang memuji seorang Rabbani. Lalu dia mengadu kpd Allah sambil berkata, “Ya Allah, mereka tdk mengenalku dan hanya Engkaulah yg mengetahui siapa diriku.”

Salah seorang yg shaleh bermunajat kpd Allah, krn sebahagian orang ada yg memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan kemuliaan akhlaknya:

Mereka berbaik sangka kpdku
Padahal hakikatnya tdklah begitu
Tetapi aku adalah orang yg zalim
Sbgmana yg Engkau sedia maklum
Kau sembunyikan semua aib yg ada
Dr pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian menawan
Sbg tabir tutupan
Jadilah mereka meyintai
Padahal aku tdk layak dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Jgnlah Engkau hinakan aku
Pd Hari Qiamat di tgh mereka
Jadikanlah aku yg mulia
Termasuk yg hina dina

Penyair yg shaleh ini mengisyaratkan makna yg lembut dan sgt penting, iaitu keindahan tabir yg diberikan Allah kpd hamba-hambaNya. Brp banyak cela yg tersembunyi, dan Allah menutupinya dr pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu dr pandangan mereka, tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia Allah enggan utk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sbg kurnia dan kemuliaan bgnya.

Seerti dgn ini tlh dikatakan oleh Ibn ‘Atha’illah, “Sesiapa yg memuliakanmu, sbnrnya dia tlh memuliakan keindahan tabir pd dirimu. Keutamaan ada pd diri orang yg memuliakanmu dan menutupi aibmu, bkn pd diri orang yg menyanjungmu dan berterima kasih kpdmu.”

Abu al-Atahiyah berkata dlm syairnya:

Allah tlh berbuat baik kpd kita
Krn kesalahan tdk menyebar ke mana-mana
Apa yg tersembunyi pd diri kita
Tentu tersingkap di sisiNya

Kelima: Tdk Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Mmg Layak Dipuji

Tdk kedekut memberikan pujian kpd orang lain yg mmg layak dipuji dan menyanjung orang yg mmg layak disanjung. Di sana ada dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kpd orang yg tdk berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kpd orang yg layak.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam prnh memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, spt sabda Baginda ttg Abu Bakar yg bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbg kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”

Sabda Baginda kpd Umar: “Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan mm9elalui jalan yg lain.”

Sabda Baginda kpd Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yg para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”

Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau spt kedudukan Harun di mata Musa.”

Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu drp pedang-pedang Allah.”

Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”

Masih ramai sahabat yg dipuji Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, krn kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara mereka ada dr kalangan pemuda, spt Usamah bin Zaid yg diangkat menjadi komandan pasukan perang, padahal dlm pasukan tersebut terdapat para pemuka sahabat. Baginda mengangkat Itab bin Usaid sbg pegawai di Makkah, padahal umurnya masih dua puluh thn. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda. Sebahagian di antara mereka lbh diutamakan drp orang-orang yg lbh terdahulu memeluk Islam, krn kelebihan dirinya, spt Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash.

Boleh jadi seseorang tdk mahu memberikan pujian kpd orang yg layak dipuji, krn ada maksud tertentu dlm dirinya, atau krn rasa iri hati yg disembunyikan, spt takut campurtangan di pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Krn dia juga tdk mampu utk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tdk perlu menyanjungnya.

Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yg meminta pendapat Ibn Abbas dlm pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas masih sgt muda. Maka para pemuka sahabat berkata kpdnya, “Bicaralah wahai Ibn Abbas. Krn usia yg muda tdk menghalangimu utk berbicara.”

Keenam: Berbuat Selayaknya Dlm Memimpin

Orang yg mukhlis krn Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik ketika berada paling blkg, selagi dlm dua keadaan ini dia mencari keredhaan Allah. Hatinya tdk dikuasai kesenangan utk tampil, menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi dlm kepimpinan. Tetapi dia lbh mementingkan kemashlahatan bersama krn takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yg dia lewatkan.

Apa pun keadaannya dia tdk bercita-cita dan tdk menuntut kedudukan utk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia dibebankan tugas sbg pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon pertolongan kpd Allah agar dia mampu melaksanakannya dgn baik. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tlh mensifatkan kelompok orang spt ini dlm sabda Baginda yg bermaksud:

“Keuntungan bg hamba yg mengambil tali kendali kudanya fi sabilillah, yg kusut kepalanya dan yg kotor kedua telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan blkg, maka dia pun berada di kedudukan penjagaan.” (HR Imam Bukhari)

Allah meredhai Khalid bin al-Walid yg diberhentikan sbg komandan pasukan, sekali pun beliau seorang komandan yg sentiasa mendapat kemenangan. Stlh itu beliau pun menjadi orang bawahan Abu Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dlm kedudukan spt itu pun beliau ttp ikhlas memberikan pertolongan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan seandainya ada seseorang yg meminta jawatan dan sengaja utk mendapatkannya. Tlh disebutkan di dlm as-Shahih, bhw Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam prnh bersabda kpd Abdurrahman bin Samurah:

“Jgnlah engkau memimta jawatan pemimpin. Krn jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta maka engkau akan mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya, maka semua tanggungjawab akan dibebankan kpdmu.” (Muttafaq ‘Alaihi)

Ketujuh: Mencari Keredhaan Allah, Bkn Keredhaan Manusia

Tdk memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sbb setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dlm sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yg ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yg tdk bertepi, tujuan yg sulit diketahui dan tuntutan yg tdk terkabul. Dlm hal ini seorang penyair berkata:

Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yg membentang
Di tgh tuntutan-tuntutan hawa nafsu

Penyair lain berkata:

Jika aku meredhai orang-orang yg mulia
Tentunya aku memurkai orang-orang yg hina

Orang yg mukhlis tdk terlalu peduli dgn semua ini, krn syiarnya hanya bersama Allah. Dikatakan dlm satu syair:

Boleh jadi engkau mengasingkan diri
Tetapi hidup ttp terasa pahit di hati
Boleh jadi engkau redha
Padahal orang lain murka
Engkau membangun dan orang lain merobohkan
Antara diriku dan alam ada kerosakan
Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada daya
Apa yg ada di atas tanah
Ttp menjadi tanah

Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Krn Allah, Bkn Krn Kepentingan Peribadi

Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan krn Allah dan agamaNya, bkn krn pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tdk spt orang-orang munafik opportunis yg dicela Allah dlm KitabNya:

“Dan di antara mereka ada yg mencela mu ttg (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian drpnya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tdk diberi sebahagian drpnya, dgn serta merta mereka menjadi marah.” (at-Taubah: 58)

Boleh jadi engkau prnh melihat orang-orang yg aktif dlm lapangan dakwah, apabila ada salah seorang rakannya melontarkan perkataan yg mengganggu atau melukai perasaannnya, atau ada tindakan yg menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah dan meradang, lalu meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah.

Ikhlas utk mencapai tujuan menuntutnya utk cekal dlm berdakwah dan gerak langkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan, meremehkan dan bertindak melampaui batas terhadap dirinya. Sbb dia berbuat krn Allah, bkn krn kepentingan peribadi atau atas nama keluarga, serta bkn krn kepentingan orang tertentu.

Dakwah kpd Allah bkn spt harta yg ditimbun atau harta milik seseorang. Tetapi dakwah merupakan milik semua orang. Siapa pun orang Mu’min tdk boleh menarik diri dr medan dakwah ini hanya krn sikap atau tindakan tertentu yg mempengaruhi dirinya.

Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan

Perjalanan yg panjang, lambatnya hasil yg diperoleh, kejayaan yg tertunda, kesulitan dlm bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tdk boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tgh jalan. Sbb dia berbuat bkn sekadar utk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yg plagi pokok tujuannya adalah utk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.

Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup di tgh kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yg mahu beriman kpd beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yg difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:

“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku tlh menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dr kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kpd iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dlm telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)

Sekali pun harus menghabiskan masa selama 950 thn, beliau ttp menyeru kaumnya dan akhirnya ada 40 orang yg berhimpun bersama beliau. Sedangkan kaumnya yg lain berpaling dr beliau, sekali pun beliau sgt berharap mereka mahu beriman.

Al-Quran tlh mengisahkan kpd kita individu-individu Mu’min di dlm surah al-Buruj. Mereka rela mengorbankan nyawa fi sabilillah dan mereka tdk mengatakan, “Kematian ini dpt memberi apa-apa manfaat terhadap dakwah kita?”

Mereka tdk berkata spt itu, krn mereka mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tgn Allah. Siapa yg tahu kalau pun darah mereka itu merupakan santapan lazat bg pohon iman generasi berikutnya?

Perkara yg prinsip, alam orang yg mukhlis hanya bg Allah semata. Dia cekal dlm hal ini dan terus spt itu. Hasil dan buah di dunia diserahkan kpd Allah, krn Allah-lah yg menyediakan penyebabnya dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jika berjaya, maka segala puji hanya bg Allah, dan jika gagal, maka segala daya kekuatan itu hanya milik Allah.

Sesungguhnya di akhirat Allah tdk akan bertanya kpd manusia, “Mengapa engkau tdk memperoleh kemenangan?” Tetapi Dia akan bertanya, “Mengapa engkau tdk berusaha?”

Allah tdk bertanya, “Mengapa engkau tdk berjaya?” Tetapi Dia bertanya, “Mengapa engkau tdk melakukannya?”

Kesepuluh: Berasa Senang Jika Ada Yg Bergabung

Berasa senang jika ada seseorang yg mempunyai kemampuan, bergabung dlm barisan mereka yg mahu beramal, utk menegakkan bendera atau ikut taat dlm amal. Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kpdnya, sehingga dia dpt mengambil tempat yg sesuai dgn kedudukannya. Dia tdk harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah krn kehadirannya. Malahan jika orang yg mukhlis melihat ada orang lain yg lbh baik drp dirinya yg mahu memikul tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan tanggungjawabnya kpd orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan kpdnya.

Sebahagian orang yg memegang jawatan, lbh-lbh lagi jika berada di barisan hadapan, tdk mahu menyerah dlm mempertahankan kedudukannya, tdk mahu berundur walau bagaimanapun keadaannya dan suka menekan orang lain. Dia berkata, “Ini merupakan kedudukan yg tlh diberikan Allah kpdku, maka aku tdk mahu melepaskannya. Ini adalah pakaian yg tlh dikenakan kpdku, maka aku tdk mahu membukanya. Kedudukan ini dtg dr langit.”

Padahal waktu terus berlalu, keadaan berubah dan kekuatan menjadi lemah. Setiap masa diperuntukkan bg mereka yg sesuai dgnnya, sebagaimana setiap tempat diperuntukkan bg orang yg mmg sesuai dgn tenoat itu. Banyak cemuhan ditujukan kpd penguasa yg bermati-matian mempertahankan kerusi dan kedudukannya, dgn anggapan bahawa merekalah yg paling mampu mengendalikan perahu dan menjaganya dr terpaan angin taufan.

Ketika mendapat kritik dr orang lain, para da’ie Muslim tdk boleh menutup mata atau menutup telinga. Mereka juga tdk boleh lpd tgn demi kemaslahatan dakwah sebagaimana orang lain yg tdk boleh lps tgn demi kemaslahatan negara dan ummah. Krn andai lpd tgn, boleh jadi itu merupakan belenggu syaitan dan godaan yg dibisikkan ke dlm hati para aktivitis Islam. Sehingga jika yg lbh banyak berbicara adalah kepentingan diri sendiri, kecintaan kpd kedudukan dan dunia, maka itu dianggap pengabdian terhadap agama.

Brp ramai jemaah atau harakah yg disusupi kezaliman dr luar, pengaruh dr dlm atau kepincangan dlm berfikir dan beramal, tiada inovasi dan tajdid, sbg akibat dr kerakusan satu atau dua orang yg terlibat di dlmnya. Dia tdk mahu melepaskan kedudukannya kpd orang lain. Dia lupa bahawa bumi ini terus berputar, planet-planet terus berlalu, dunia terus berubah. Tetapi ternyata mereka tdk mahu berputar seiring dgn putaran bumi, tdk berubah seiring dgn perubahan waktu dan tempat serta keadaan manusia.

Malahan di antara mereka ada yg memikul beban dan tanggungjawab melebihi kemampuan bahunya. Padahal maksudnya ialah utk menghalang jalan bg orang lain yg lbh mampu dan lbh bertenaga, bkn sahaja orang lain itu dpt dikerahkan utk mengurangkan beban amanat yg dipikulnya malah sekaligus sbg melatih diri utk memikul tanggungjawab.

Kesebelas: Rakus Terhadap Amal Yg Bermanfaat

Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yg paling diredhai Allah, dan bkn yg paling diredhai oleh dirinya sendiri. Sehingga orang yg mukhlis lbh mementingkan amal yg lbh banyak manfaatnya dan lbh mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.

Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan utk mendamaikan mereka yg sdg bertikai, justeru itulah yg lbh dipentingkannya. Dlm sebuah hadith disebutkan:

“Ketahuilah, akan ku khabarkan kpdmu ttg sesuatu yg lbh utama drp darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sbb kerosakan di antara sesama amnusia adalah pemotong.” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)

Dia mendapatkan kesenangan di hati dan kegembiraan di dlm jiwa jika boleh melaksanakan umrah pd setiap bulan Ramadhan dan haji pd musimnya. Tetapi dikatakan kpdnya, “Sumbangkan saja wang itu utk ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yg sdg mengalami kehancuran.” Jika hatinya tdk lapang dan menolak, maka dia spt apa yg dikatakan al-Ghazali sbg orang yg tertipu.

Ada seorang penderma dr salah satu negara kaya yg berkunjung ke Afrika utk membangun sebuah masjid. Di sana dia ditemui oleh para wakil masyarakat, yg mengusulkan akar dia membaiki bbrp masjid lama yg hampir roboh. Sementara masjid-masjid itu berada di tempat strategik di tgh permukiman penduduk dan kewujudannya sgt diperlukan. Tabung yg mestinya utk membangun satu masjid yg direncanakan, cukup utk membaiki sepuluh masjid lama yg sudah ada dan hampir roboh itu. Tetapi ternyata dia menolak, kecuali jika namanya digunakan utk nama-nama masjid tersebut.

Kedua Belas: Menghindari Ujub

Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tdk merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yg tlh dilakukannya. Sikap spt ini dpt membutakan matanya utk melihat celah-celah yg sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yg perlu dilakukan oleh orang Mu’min stlh melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia tlh melakukan kelalaian, disedari mahupun tdk disedari. Maka dr itu dia takut jikalau amalnya tdk diterima. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dr mereka yg bertaqwa.” (al-Maidah: 27)

Di antara ungkapan yg sgt berkesan dlm masalah ini, yg dinisbatkan kpd Ali bin Abi Thalib adalah, “Suatu keburukan yg menyesakkanmu lbh baik di sisi Allah drp kebaikan yg membuatmu ujub.”

Pengertian spt ini juga ditetapkan Ibn ‘Atha’illah di dlm Al-Hikam, beliau berkata, “Boleh jadi Allah membuka pintu ketaatan bagimu, tetapi tdk membuka pintu penerimaan amal bagimu. Boleh jadi Allah mentaqdirkan kederhakaan ke atas dirimu, lalu kederhakaan itu menjadi sbb yg menghantarkan ke tujuan. Kederhakaan yg membuahkan ketundukan dan kepasrahan lbh baik drp ketaatan yg membuahkan ujub dan kesombongan.”

Dr sini al-Quran memperingatkan agar tdk menyertai sedekah dgn menyebut-nyebut sedekah itu dan ucapan yg menyakitkan, krn dikhuatirkan justeru menggugurkan pahala yg dihilangkan pengaruhnya. Allah berfirman yg bermaksud:

“Perkataan yg baik dan pemberian maaf lbh baik drp sedekah yg diiringi dgnsuatu yg menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yg beriman, jgnlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah kamu dgn menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), spt orang yg menafkahkan hartanya krn riya’ kpd manusia dan dia tdk beriman kpd Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan bg orang itu adalah spt batu licin yg di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih (tdk bertanah).” (al-Baqarah: 263-264)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga memperingatkan ujub dan menjadikannya termasuk hal-hal yg merosak. Ibn Umar meriwayatkan dr Baginda yg bermaksud:

“Tiga perkara yg merosak dan tiga perkara yg menyelamatkan. Sedangkan perkara-perkara yg merosak adalah kedekut yg ditaati, hawa nafsu yg diikuti dan ujub seseorang terhadap dirinya.” (HR Imam at-Thabrani, hadith hasan dlm Shahih al-Jami’ as-Shaghir, no. 3045)

Al-Quran tlh mengisahkan kpd kita kejadian yg dialami kaum Muslimin pd waktu Perang Hunain. Allah tlh memberikan kemenangan kpd mereka sewaktu Perang Badar, padahal mereka sama sekali tdk diunggulkan menang. Allah juga memberikan kemenangan kpd mereka pd Perang Khandaq, yg sblm itu pandangan mereka meredup, hati mereka naik ke atas hingga sampai ke tenggorokan, mereka menduga yg bukan-bukan terhadap Allah dan mereka tergoncang dgn hebat. Allah juga memberikan kemenanagn kpd mereka pd waktu Perang Khaibar dan Fathu Makkah. Tetapi pd waktu Perang Hunain mereka menjadi ujub krn jumlah mereka yg banyak. Ternyata jumlah yg banyak ini tdk memberi manfaat apa-apa, hingga mereka pasrah kpd Allah. Mereka pun menyedari bahawa kemenangan datang hanya dr sisi Allah. Dia berfirman yg bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tlh menolong kamu (hai kaum Mu’min) di medan peperangan yg banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu pd waktu kamu menjadi sombong krn banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yg banyak itu tdk memberi manfaat kpd kamu sedikit pun, dan bumi yg luas itu tlh terasa sempit oleh kamu, kemudian kamu lari ke blkg dgn bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kpd RasulNya dan kpd mereka yg beriman.” (at-Taubah: 25-26)

Orang Mu’min yg sedar adalah mereka yg menyerahkan segala urusannya hanya kpd Allah, lalu percaya bahawa kemenangan hanya dtg dr sisiNya. Firman Allah:

“Dan kemenangan itu hanyalah dr Allah Yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Aali Imran: 126)

Kemuliaan juga datang hanya dr sisiNya:

“Barangsiapa yg menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu.” (Fathir: 10)

Taufiq kpd hal-hal yg baik juga berasal dr pertolongan Allah. FirmanNya:

“Dan tdk ada taufiq bagiku melainkan dgn (pertolongan) Allah.” (Hud: 88)

Hidayah hanya dtg dr sisiNya:

“Barangsiapa yg disesatkanNya, maka kamu tdk boleh mendapatkan seorang pemimpin pun yg dtg yg mampu memberikan petunjuk kpdnya.” (al-Kahfi: 17)

Dikatakan dlm sebuah syair:

Andaikan Allah tiada mempedulikan kehendakmu
Nescaya tdk akan ada pilihan bg semua manusia
Andaikan Dia tdk memberi petunjuk jalanmu
Nescaya kau akan tersesat sekali pun langit ada di sana

Ketiga Belas: Peringatan Agar Membersihkan Diri

Al-Quran tlh memperingatkan utk membersihkan diri dr pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:

“Dia lbh mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg paling mengetahui tentang orang yg bertaqwa.” (an-Najm: 32)

Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yg menganggap dirinya suci. Firman-Nya yg bermaksud:

“Apakah kamu tdk memerhatikan orang yg menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yg dikehendaki-Nya dan mereka tdk dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa: 49)

Hal ini terjadi krn mereka berkata, spt yg dijelaskan Allah yg bermaksud:

“Kami ini adalah anak-anak Allah dan keksih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)

Perkataan mereka ini disanggah dgn firman-Nya yg bermaksud:

“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yg diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yg dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yg dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaanl Allah-lah kerajaan di antara keduanya, dan kpd Allah-lah kembali (segala sesuatu).” (al-Maidah: 18)

Orang yg tlh melakukan sesuatu amal shaleh, tdk boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika utk menyampaikan nikmat Rabb-Nya:

“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).” (ad-Dhuha: 11)

Selain itu ia bertujuan utk memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yg bermaksud:

“Barangsiapa membuat sunnah yg baik, maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yg mengerjakannya.” (HR Imam Muslim)

Dibolehkan juga jika bertujuan utk membela diri krn ada tuduhan yg dilemparkan kpdnya, padahal dia tdk bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan bg orang yg batinnya sudah kuat krn Allah semata dan bukan krn tujuan yg bukan-bukan serta tdk tergolong pd ujub, tdk bertujuan mencari sanjungan dr orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yg bebas dr tujuan ini.

Orang Islam harus waspada, jgn sampai ujub terhadap diri sendiri, krn kebaikan dan keshalihan yg dilakukannya, atau keyakinan bahawa hanya dialah yg beruntung sdg yg lain merugi, atau dia dan jamaahnyalah yg layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yg selamat) sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yg layak disebut thaifah manshurah (kelompok yg mendapat pertolongan) sdgkan yg lain dibiarkan.

Pandangan terhadap diri sendiri spt ini adalah ujub yg merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam spt itu adalah pelecehan yg menghinakan.

Dlm sebuah hadith shahih disebutkan: “Jika seseorang berkata ‘Manusia tlh rosak’, maka dialah yg lbh rosak drp mereka.” (HR Imam Muslim)

Hadith ini diriwayatkan dgn bacaan ‘ahlakuhum’, dgn pengertian bahawa justeru dialah yg lbh byk dan lbh cepat menimbulkan kerosakan, krn dia terpedaya oleh diri sendiri, congkak terhadap amalannya dan melecehkan orh lain. Dgn bacaan dan makna spt ini, bererti dialah yg menyebabkan kerosakan mereka, krn dia berasa lbh unggul dr mereka dan juga membuatkan mereka berputus asa terhadap rahmat Allah.

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, “Larangan ini ditujukan kpd orang-orang yg berkata spt itu, krn ujub terhadap diri sendiri, mengecilkan org lain dan berasa dirinya lbh unggul dr mereka. Ini adalah perbuatan yg diharamkan. Tetapi jika perkataan spt itu disampaikan krn memang ada kekurangan dlm pengamalan agama mereka atau krn rasa prihatin terhadap situasi mereka dan juga situasi agama mereka, maka hal itu tidak apa-apa. Inilah yg ditafsir dan dihuraikan oleh para ulama, spt yg dikatakan olek Malik bin Anas, al-Khattabi, al-Humaidi dan lain-lainnya.

Dlm hadith lain disebutkan, yg bermaksud:

“Cukuplah seseorang disebut buruk jika dia mencela saudara Muslimnya.” (HR Imam Muslim)

Sebab di antara orang Islam atas orang Islam lainnya adalah dilarang menzalimi, menghinakan dan melecehkannya. Tdk mungkin seseorang mencela saudaranya sendiri, sdgkan mereka ibarat dua cabang yg melekat di satu pohon yg sama.


[1] Lihat apa yg dihuraikan oleh al-Ghazali di dlm Dzammusy-Syuhrah wa Intisyarushshit, dan Bayanu Fadhilatil-Khumul, dr kitab Dzamjul-Jah war-Riya’, dr kitab al-Ihya’, yg disyarahkan al-Allamah Murtadha az-Zubaidi, 8/232-238

Sunday, August 24, 2008

pelik dan bangang!!!!!!!

Jurunikah wanita cetus keraguan, pertikaian

KONTROVERSI: Saida (tengah) menikahkan Naish Hasan dan Imran Ali di Lucknow, di New Delhi, India, baru-baru ini.
Perbuatan Dr Saida nikahkan pasangan di New Delhi menyimpang ajaran IslamSELEPAS pemikiran liberal dan kemunculan Islam progresif membabitkan kes Amina Wadud yang menjadi imam dan khatib dalam solat Jumaat dihadiri sekumpulan jemaah wanita dan lelaki di Manhattan, New York pada 18 Mac 2005, tercetus satu lagi fenomena baru. Kali ini bukan imam wanita, tetapi jurunikah atau kadi wanita, Dr Saida Habib yang menikahkan pasangan Naish Hasan, 34, dan Imran Ali, 35, pada satu majlis diadakan di sebuah hotel di Lucknow di New Delhi, India.

Kes terbaru itu dilaporkan akhbar harian tabloid Mail Today bertarikh 13 Ogos 2008 yang turut memaparkan gambar Dr Saida, ahli Suruhanjaya Perancangan yang sedang menjalankan upacara menikahkan pasangan pengantin berkenaan. Laporan Mail Today memetik Naish yang ditanya apakah pernikahan itu nanti akan dikecam kadi lain, antara lain berkata: "Walaupun selama ini lelaki yang menjadi jurunikah perkahwinan, saya tidak fikir mereka akan menentangnya. Perkahwinan kami dilakukan berdasarkan al-Quran kerana tidak dinyatakan bahawa wanita tidak boleh menjadi kadi atau saksi. Masyarakat hanya tidak suka menyimpang daripada tradisi." Sementara itu, Imran pula berkata: "Oleh kerana kadi wanita jarang menjalankan akad nikah, saya mengajak intelektual Muslim untuk menggalakkan perkara ini dan menghormati keputusan kami."
MENYALAHI SYARIAT: Amina Wadud menjadi imam dan khatib pada solat Jumaat dihadiri sekumpulan jemaah wanita dan lelaki di Manhattan, New York.
Malah, keempat-empat saksi wanita pernikahan itu berkata, ia akan membawa perubahan dalam masyarakat Muslim dan memperkasakan wanita. Berdasarkan laporan itu juga, menurut Pergerakan Wanita Muslim India (BMMA) yang mana Naish dan Imran adalah pekerja sosialnya, perkahwinan itu mengikut model nikahanama yang diilhamkan BMMA selepas mengadakan perbincangan mengenainya selama dua tahun. Ahli BMMA, Naaz Raza memberitahu, pihaknya berbincang mengenai idea itu dengan intelektual Muslim termasuk Asghar Ali Engineer, selain menghubungi jurunikah di Afghanistan serta Pakistan yang memberitahu mereka perkara itu tidak salah, lalu mengambil keputusan meneruskan idea melakukan perubahan itu. Menariknya intelektual Islam yang dirujuk, Asghar Ali Engineer ialah penulis terkenal India yang bukunya Islam dan Pluralisme diisytihar haram oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) atas alasan fakta yang terkandung dalam buku berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Malah, artikelnya bertajuk 'What I Believe' memberi petunjuk bahawa beliau mempunyai pemahaman berbeza dengan aliran Islam. Antara kenyataannya: "Saya percaya perubahan keyakinan perlu dihormati" dan "Saya percaya setiap individu mempunyai hak untuk memeluk agama lain atau mempunyai pandangan tanpa sebarang halangan." Asghar Ali Engineer pernah menjemput Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi syarahan di Institut Pengajian Islam dan Pusat Masyarakat dan Sekularisme di Mumbai, India. Adalah menjadi harapan Penasihat PKR itu tidak berkongsi pendapat serta pandangan dengan Asghar Ali Engineer yang pemahamannya mengenai Islam jelas bertentangan kerana jika beliau bersetuju dengan apa diperkatakan rakannya itu, besar implikasinya terhadap umat Islam di Malaysia kerana beliau mempunyai pengaruh dalam masyarakat negara ini. Pastinya, kita tidak mahu tempias fenomena berlaku di India itu tidak terkena masyarakat Islam Malaysia kerana perkahwinan oleh jurunikah wanita bukan saja melanggar tradisi, malah lebih utama, bertentangan dengan ajaran Islam. Perkahwinan adalah amanah Allah dan untuk menyempurnakan amanah itu memerlukan lima rukun iaitu calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan sighah ijab qabul. Jika kekurangan salah satu rukun, maka perkahwinan itu tidak sah. Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki terdekat kepada pengantin perempuan. Dalil menunjukkan mustahaknya wali ialah sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali." (Hadis riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa'i) Oleh kerana wali adalah satu syarat sah nikah, maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat sah menjadi wali ialah Islam, waki, adil dan merdeka. Maka, jelaslah wanita tidak boleh menjadi wali. Hak wali iaitu bapa untuk menikahkan anak mereka di negara ini kebanyakan diberi kepada wali hakim iaitu jurunikah yang mempunyai tauliah. Bagaimanapun, masih ada bapa iaitu wali mujbir yang menikahkan anak mereka. Apa yang dapat disimpulkan daripada isu jurunikah wanita, inilah yang akan berlaku apabila terlalu ingin melakukan perubahan atau pembaharuan bagi disesuaikan dengan keperluan sesetengah kumpulan masyarakat. Maka lahirlah pelbagai pendapat yang tidak menyimpang daripada ajaran agama sebenar. Malangnya, proses itu dilakukan tidak mengikut panduan, tetapi melampaui batas kerana mengikut kehendak hati. Gerakan tajdid atau pembaharuan tidak mengikut panduan ini jika dibiarkan terus menular akan menimbulkan lebih banyak keraguan serta pertikaian. Memang tidak dinafikan tiada siapa mempunyai hak untuk mempertikai akidah atau kepercayaan seseorang tetapi, jika jelas apa yang dikatakan atau dilakukan menyalahi syariat Islam sebenar, tindakan pembetulan perlu diambil. Kita tidak mahu fahaman yang menyalahi syariat Islam tersebar luas dan menular dalam masyarakat negara ini hingga menimbulkan rasa takut terhadap kerosakan yang bakal berlaku apabila pembaharuan itu lebih banyak menimbulkan keraguan serta pertikaian.

Sunday, August 17, 2008

SELAMAT BERMUKTAMAR

ALHAMDULILLAH..............
maaf kerana telah lama tidak update blog ana ni. minggu ini merupakan minggu para pejuang islam bermuktamar yang bertempat di perak. Ana dapat rasakan muktamar kali ini begitu hangat membicarakan mengenai bab yang membabitkan pakatan rakyat. Namun matlamat dan perjuangan kita tetap tidak berubah.....
perkasakan jemaah untuk kemenangan!!!!!!!!!!

Tuesday, August 5, 2008

JADILAH HAMBA YANG SELALU MENANGIS DI HADAPAN ALLAH TAALA

Di antara perasaan semulajadi yang Allah kurniakan kepada manusia itu adalah perasaan sedih. Kita sering melihat di dalam media penyiaran mengenai dengan kisah yang meyedihkan hati kita sehingga kita sanggup mengalirkan air mata kerana cerita atau drama tersebut. Ada juga yang membaca novel-novel mengenai kisah cinta dan sebagainya sehingga ada yang menangis kerana terlalu asyik dan khayal dengan kisah novel tersebut. Ada juga yang menangis kerana kesusahan dan ada juga yang menangis kerana terlalu gembira. Ini merupaka perkara yang menjadi fitrah bagi semua manusia.
Namun berapa ramaikah diantara kita yang sanggup menangis di hadapan Allah Taala ketika bersolat? berapa ramai yang sanggup menangis ketika membaca ayat suci Al-quran ataupun mendengar ayat-ayat yang menggetarkan jiwa kita? Ataupun Al-quran itu hanya untuk dibaca dengan nada-nada yang yang hanya dapat menyedapkan telinga sahaja? Cuba kita renung kepada diri ini, siapa kita sebenarnya di hadapan Allah? Apa yang kita lakukan untuk Allah? Apa sumbangan kita untuk agama Allah? Sudah tentu masing-masing sudah mempunyai jawapan yang tersendiri.
Alangkah ruginya hidup ini jika tiada tujuan yang sebenar, apakah tujuan sebenar kehidupan ini?
Tujuannya adalah kita hidup ini untuk menjadi hamba Allah dalam setiap sudut. Di dalam percakapan kita, pergaulan, pekerjaan, pemerintahan, pengibadatan dan semua sudut kehidupan ini. Namun ada segelintir kita tidak mengambil berat dalam masalah ini. Oleh kerana itulah wujud pelbagai masalah dalam kehidupan oleh kerana kita tidak ada sifat ‘kembali kepada Allah (الرجاع إلىألله)
Setiap pergerakan kita ini mesti bersama Allah. Barulah kita mudah menangis dihadapan Allah. Kita tahu bahawa kita dijadikan dari tanah,akan kembali kepada tanah. Betapa hinanya nilaian kita di sisi Allah Taala. Namun, yang menjadi persoalannya, pernahkah kita merintih dihadapan Allah sebagaimana seoarang anak merintih kepada ibunya kerana inginkan barangan permainan? Pernahkah kita menangis dihadapan Allah sebagaimana Saidina Abu Bakar ra yang menangis sehingga basah janggutnya? Alangkah kerasnya hati kita ini…. Alangkah egonya kita…. Jadilah hamba Allah yang selalu menangis kerana takutkan Allah. Sesungguhnya air mata yang mengalir kerana takut kepada kemurkaan Allah itu akan dapat memadamkan bakaran api neraka..
Bagaimanakah kita ingin lembutkan hati ini??? Al-quran sendiri mengajar kita mengenai perkara ini sebagaiman firman Allah Taala yang bermaksud:

“ sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah hati kamu akan menjadi tenang”

Ini lah ubat yang paling mujarab bagu hati yang keras. Dan kita hendaklah berdoa dengan doa:
اللهم ليّن قلبي كما ليّنت الحديد لدآؤد
Maksudnya:
Ya Allah lembutkan hati ku sebagaimana engkau lembutkan besi pada nabi Daud as

Bermacam-macam zikir yang di ajar oleh nabi di dalam hadis untuk kita amalkan. Tetapi zikir itu mestilah bersama dengan hati. Kita amalkan zikir لا إله إلا ألله , kerana sabda nabi saw “ sebaik-baik zikir adalah LAAILAHAA ILLALLLAH”. Di peringkat permulaan amalan zikir ini memanglah agar sukar, tetapi hendaklah di sebut selalu dan di iringi dengan hati. Jika hari-hari hati kita di ketuk dengan zikir ini insyaallah ia akan menjadi lembut dan mudah menangis di hadapan Allah Taala.

Jika kita lihat kepada sejarah para wali-wali Allah, hati mereka ibarat ada hubungan dengan Allah Taala, tidak ada hijab hati mereka dengan Allah. Inilah orang yang di gelar sebagai rabbaniyyin.
Orang yang benar-benar mengenal Allah Taala, oleh kerana itu ulama’ mengatakan
أول ألدين معرفة ألله “ awal-awal agama itu mengenal Allah." Bagaimana kita hendak mengenal Allah Taala? Nabi SAW bersabda:
من عرف نفسه فقد عرف ربه
Maksudnya:
“sesiapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal tuhannya”

Kita hendakklah tahu tujuan kita dijadikan oleh Allah. Kita ialah sebagai khalifah untuk mentadbir bumi ini mengikut peraturan dan undang-undang dari Allah yang terkandung dalam Al-quran dan hadis.
Ulama’ menggariskan beberapa persolan dalam kehidupan ini.
Dari mana kamu datang?
Untuk apa kamu di dunia?
Ke mana kamu akan pergi selepas ini?

Persoalan ini hendaklah di jawab, kita datang dari tanah kemudian dari zat tanah itu jadilah setitis air yang sangat hina disisi Allah.
Untuk apa kita datang? Kita datang sebagai hamba Allah taala untuk memikul amanah sebagai khalifah Allah.
Kemana kita selepas hidup ini? Oleh kerana kita milik Allah tentunya kita akan di kembalikan kepada Allah bagi menuju ke negeri akhirat yang kekal selamanya.

Di dalam tubuh ini ada dua perkara penting. Yang pertama disebut sebagai jasad dan yang kedua di sebut sebagai roh.
Jasad hendaklah makan zat-zat dari tanah, ini kerana asal kejadian kita ialah dari tanah. Manakala roh pula dari Allah. Maka roh memerlukan bantuan Allah sebagai pembimbing. Maka Allah taala mengutuskan nabi SAW sebagai pembimbing dengan berlandaskan wahyu dari Allah. Firman Allah Taala:

يسئلونك عن الروح قل الروح من أمر ربي

Maksudnya:
“ Mereka bertanya mengenai roh, maka jawablah (wahai Muhammad ) roh itu urusan Allah”

Maka, sebagaimana kita memberi makan kepada jasad, maka begitu jugalah kita mesti memberi makan kepada roh. Dua elemen penting ini di jadikan untuk menguji manusia sejauh mana pengabdian diri kepada Allah.
Marilah kita sama-sama renungi kepada diri kita sendiri, bagaimana hubungan kita dengan Allah Taala. Pernahkah kita merasa lazatnya ketika bersama dengan Allah. Selama kita solat, berapa kali kita rasa nikmat dan kelazatan dari solat tersebut. Jika jawapannya TIDAK, bilakah lagi masanya…….???
Andai kata esok kita dijemput oleh Allah. Alangkah ruginya kita semua. Menangislah wahai saudaraku sekalian!!!! Kita insan yang tidak mempunyai harga sedikit pun di sisi Allah. Kita asyik mengejar kemewahan tanpa kita sedar maut sedang mengejar kita.
Kita tidak pernah menangis untuk diri kita ini, betapa banyaknya dosa ku di sisi mu ya Allah. Ya Allah bukalah pintu keampunan untuk hamba mu ni!!!!!

Thursday, July 31, 2008

SALAFI ATAU “ SALAFI JADIAN” ??????

Sering kita dengar pada hari ini ada setengah pendakwah-pendakwah membesarkan masalah khilaf lebih dari masalah aulawiyyat. Perkara seperti qunut, tahlil, bacaan yasin malam jumaat, ziarah kubur dan sebagainya telah lama di selesaikan oleh para alim ulama’ terdahulu, kenapa pada hari ini kita masih membicarakan soal khilaf ini?? Alangkah kurang cerdiknya sifat pendakwah sebegini.
Yang hendak kita bincangkan ialah macam mana kita hendak menyelamatkan aqidah para remaja yang menjadi pewaris agama, bangsa dan negara akan datang. Isu mat rempit, penagihan dadah, melepak dan budaya-budaya yang songsang yang menyerap masuk dalam otak para remaja pada hari ini. Kenapa kita lebih mementingkan isu yang remeh ini sebagai tajuk kuliah, ceramah atau seminar??? Tidak sedarkah kita bagaimana kepincangan yang berlaku pada hari ini? Mereka yang hanya pandai menuduh bid’ah sahaja tanpa mereka berusaha menyelesaikan perkara ini dengan Al-quran dan Sunnah. Mereka ini konon berpegang pada salafi tetapi lebih syadid lagi dari salafi sebenar. Semua ulama’-ulama’ muktabar di tuduh sebagai KAFIR, SYIRIK dan bermacam-macam lagi. Inikah sifat seorang pendakwah?? Ana ingin bertanya kepada mereka, pernahkah ulama’ salaf ataupun khalaf mengkafirkan antara satu sama lain?? Mereka ada sifat hormat-menghormati dan kasih sayang antara satu sama lain.

Ana cukup terkejut apabila mendengar kuliah seoarng ustaz yang konon bermazhab salafi tetapi nyata hanya menjadi SALAFI JADIAN atau WAHABI JADIAN. Di dalam blog mereka ini hanya membangkit soal khilaf. Sanggup mereka mengutuk ulama’-ulama’ yang muktabar seperti Dr Yusoff Al qaradawi, Said Hawa’, Hasan Al bana. Mereka ini ulama’ yang banyak berjasa dalam dunia Islam. Yang sanggup hadapi kerajaan yang zalim untuk mempertahankan Islam!!!!!!!!!!!
Mengapa golongan yang mengaku salafi ini tidak menentang Islam Hadhari yang sesat??? Tidak ada pun ulasan dalam blog mereka atau kuliah untuk mengatakan Islam Hadhari sesat??? Adakah golongan ini redha dengan perancangan Islam Hadhari ini??? Apabila kita berjuang menegakkan Islam, kita dituduh bermacam-macam. Sehingga ada di kalangan mereka menuduh parti Islam ini sebagai Syiah dam sebagainya. Sekarang hidup kita perlu berjemaah, dan PAS sahajalah yang menyahut cabaran perjuangan ini. Ada diantara mereka juga sibuk dengan bida’ahnya sehingga lupa bahawa kita perlu berjuang di atas dasar Islam. Mereka juga menuduh bermacam-macam kepada Ikwanmuslimin. Ana ingin bertanya kepada insan yang bernama ROSUL DAHRI ini adakah dia berani menegakkan Islam di bumi ini sebagaimana pemimpin-pemimpin ikhwan. Setakat menuduh bida’ah boleh lah… Semuanya bida’ah!!!!

Maaflah, ana bukannya apa, Cuma hendak berbetulkan sikit masalah ini. Kita hanya menyibukkan diri dengan menuduh orang lain sebagai bida’ah tanpa kita sedari bahawa kita perlu selesaikan masalah yang paling utama ialah menyelamatkan aqidah manusia.
Di dalam Islam, dalam ilmu usul fiqh contohnya, sumber rujukan hukum adalah Al-quran, hadis, ulama’. Bukan Al-quran dan hadis semata-mata. Dalam kaedah ini juga ada bab qias. Adakah golongan SALAFI JADIAN ini menolak fikrah dan pendapat ulama’???


Dimanakah penafsiran Al-quran yang mereka dapat kalau tidak di dalam kitab-kitab para alim ulama’????
Yang paling teruk ialah mereka menolak sistem pilihanraya dengan megatakan ini bida’ah, mereka lebih rela menyerah kuasa bukan pada orang yang layak semata-mata dengan alasan bida’ah mereka. Ini perbuatan yang zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya!!!!!!!!!!
Jika kita tidak memasuki pilihanraya ini, bagaimana kita hendak memerintah dengan hukum Allah. Oleh kerana itu apabila kuasa berada di tangan kita, barulah kita boleh mengubah sistem ini dengan berlandaskan Islam. Cuba rujuk kitab FIQH DAULAH karangan Dr Yusof Al-Qaradawi. Semua umat Islam merujuk pendapat daripada beliau. Tetapi ada juga golongan yang menolak pendapat ini dengan alasan mereka “ini bida’ah”. Merekalah sebenarnya bida’ah. Adakah kiat rela berada dibawah pemerintah yang zalim? Atau kita menentang mereka dengan cara pilihanraya kemudian apabila kita menang kita akan ubah sistem ini kepada Islam. Mana yang lebih baik wahai salafi jadian!!!
Oleh kerana itulah kita perlu kembali pada perkara asas yang telah di sebutkan tadi, bagaimana kita hendak menyatukan umat Islam yang berpecah pada hari ini. Ini tidak, mereka lebih memecah belahkan masyarakat hari ini dengan isu bida’ah mereka. Mereka lah sebenarnya DAJJAL!!!!!
Kita kena terima semua pendapat selagi mana pendapat tersebut tidak terkeluar dari kaedah ataupun dasar pengambilan hukum tersebut. Jangan kita cepat menuduh orang sebagai bida’ah semata-mata kerana populiriti. Masing-masing ada hujjah. Kemukan secara hikmah. Barulah nampak zuhudnya seorang ulama’. Jangan kita berselindung di sebalik wajah SALAFI tetapi dalam masa yang sama kita musnahkan kesatuan dalam umat Islam itu sendiri. Sebab itu ana berikan nama mereka ini sebagai SALAFI JADIAN. Mereka telah memeningkan masyarakat dengan perkara khilaf ini, mereka mengkafirkan ulama’. Mereka sahaja yang betul, yang lain semua bida’ah. Kalu begitu ROSUL DAHRI ni kena angkat jadi mujtahid lah kan?? Mujtahid atau MUJTAHI ????????

Dalam kaedah berdakwah, kita perlu mengambil perkara asas sebagai tajuk perbincangan kita, contohnya masalah aqidah, masalah sosial. Ini perlu di ambil berat oleh semua para pendakwah yang ada. Ilmu yang perlu diketahui oleh para pendakwah juga adalah ilmu hati atau TAZKIYATUN NAFSI. Ini penting kepada para pendakwah supaya ia menjadi zuhud dalam segala amalan harian. Ilmu mengenai hati adalah tunjang dalam segala amalan-amalan yang lain. Ana sungguh tertarik dengan kitab yang di tulis oleh seorang ulama’ muktabar iaitu Said Hawa’ mengenai dengan ilmu mengenala Allah Taala. Dalam mensyarahkan kitab Hikam Ibnu A’thoilllah beliau menggariskan beberapa panduan jalan untuk mendekakatkan diri kepada Allah. Adakah ini juga bida’ah? Mengajak manusia dekat dengan Allah, adakah sesat dan akan ke neraka?

Oleh itu ana nasihatkan kepada puak-puak SALAFI JADIAN ini, cukuplah memeningkan kepala masyarakat dengan perkara khilaf, kita balik kepada perkara asas. Ana nasihatkan kepada ROSUL DAHRI ini supaya balik kepada Allah dan banyak-banyak beristighfar, lihat pada diri sendiri, apa sumbangan beliau kepada dunia Islam ini, dan apa sumbangan beliau kepada perjuangan Islam??? Tepuk dada wahai salafi jadian, Tanya iman kamu sendiri………………..

Sunday, July 27, 2008

Ana begitu terkejut apabila seorang rakan menghantar email kepada ana. Apabila ana membaca satu keratan berita yang di hantarnya yang diambil dari HARIAN METRO mengenai satu cerita yang amat memalukan umat Islam pada hari ini. Cerita mengenai pelajar sekolah rendah yang membuat pengakuan secara terbuka mengenai kegitan salah laku seks mereka bersama saudara terdekat sendiri.

Ana membaca berita tersebut sambil linangan air mata tidak di sedari gugur ke bumi. Ya Allah betapa dasyatnya manusia pada hari ini. Dimana pergi tanggungjawab ibu dan bapa mereka????
Jika kita lihat pada hari ini ibu bapa kurang mengambil perhatian mengenai soal tanggungjawab mereka pada anak-anak. Kehidupan keluarga Islam sudah tidak wujud lagi, malah ada di antara kita yang mengatakan, takut hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama kerana peluang perkerjaan tidak ada. Ini pandangan yang KURANG CERDIK. Nabi SAW bersabda yang bermaksud " mana-mana orang yang Allah hendak berikannya kebaikan nescaya Allah beri mereka faham agama"

Haram dan Halal tidak boleh di hukum dengan akal manusia tetapi ia hendaklah berlandaskan kepada Al quran dan Hadis.

Soalnya sekarang di mana ibu bapa dalam masalah ini, adakah mereka memahami masalah ini? Apabila kita melihat kepada masalah yang berlaku kepada remaja pada hari ini, jelas kita lihat bahawa mereka tidak di dedahkan dengan agama sejak kecil lagi. Bagi pihak kerajaan pula, dasar pendidikan perlu di ubah dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Jika kedua-dua pihak ini dapat memainkan peranan masing-masing, ana yakin dan percaya perkara ini dapat di selesaikan dengan mudah.
Oleh kerana itu lah pihak-pihak yang berkenaan jangan terlalu memandang rendah terhadap orang yang belajar agama. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan cara Islam dalam setiap sudut. Dalam soal solat umpamanya, ibubapa hendaklah menyuruh sejak dari kecil lagi, membawa ke masjid, majlis ilmu dan pelbagai cara lagi yang perlu di buat bagi anak-anak terikat dengan suasana agama itu sendiri.

Kita jangan memandang masalah ini sebagai perkara biasa. Apa akan jadi 10 tahun akan datang jika perkara ini kita tidak sama-sama banteras dari akar umbi. Pernahkah ibubapa meluangkan masa bersama anak-anak mereka??
Dlam masalah mendidik anak ini, kita kena lihat contoh seorang tabi'in yang bernama Lukman Al Hakim, dia menyuruh anaknya bertaqwa pada Allah, buat yang makruf dan cegah kemungkaran. Adakah sama didikan kita dengan didikan Lukman ini???? tepuk dada tanya diri masing-masing..............................

Insyaallh pada tulisan yang akan datang ana akan megutarakan wasiat Lukman Al hakim.......

Friday, July 25, 2008

Alhamdulillah...............

Dengan berkat kita bersabar Allah campakkan kita satu keputusan yang baik. Akhirnya isu muzakarah ini di kira selasai dengan adanya perbincangan yang di lakukan dengan Majlis Syura Ulama' dengan Dato' Mursyidul Am.
Walau wujud perbezaan pendapat mereka semua tetap pemimpin yang kita semua kasihi. Mereka semua nya alim dalam bidang masing-masing. namun kita jangan sesekali berganjak dengan gerakan ini. Selepas Allah Taala berikan kemenangan hebat kepada kita baru-baru ini ,maka kita jaga lah sama-sama dengan kita kukuhkan barisan dan ukhwah bagi menerima cabaran akan datang. Kita sudah muak dengan janji-janji UMNO dan BN.
Semua orang berhak memberi pendapat masing-masing. Tetapi pendapat yang sebenar datang dari keputusan syura itu sendiri. Dalam jemaah islam kita diajar sistem syura dalam memilih pemimpin atau pun membuat keputusan..
Jika kita lihat dalm gerakan ikhwan muslimin wujud juga perbezaan pendapat dikalangan ulama' ikhwan, namun ukhwah di kalangan mereka tetap terjalin, ini lah yang kita mahukan, kerana hala tuju perjuangan kita tetap tidak berubah...
Sekarang ini lah masanya kita hendak UMNO sedar kesilapannya, apa yang telah dia buat kepada gerakan islam. Ana yakin orang yang khianat dengan perjuangan Islam pasti akan di balas oleh Allah. Kita semua jemaah Islam yakin dengan sikap pimpinan kita, dan ana yakin muktamar kali ini mesti hangat dengan isu muzakarah ini. ada juga dengan isu pakatan rakyat. Tetapi kita dengar ucapan dasar kali ini, kemana hala tuju kita selepas kemanangan yang Allah kurniakan kepada kita ini. Ana yakin Dato' Seri Presiden akan membawa PAS ke arah yang lebih mantap, kita lihat apa yang akan berlaku di muktamar nanti........................

TUNGGU DAN LIHAT!!!!!!!!!!!!