Di antara perasaan semulajadi yang Allah kurniakan kepada manusia itu adalah perasaan sedih. Kita sering melihat di dalam media penyiaran mengenai dengan kisah yang meyedihkan hati kita sehingga kita sanggup mengalirkan air mata kerana cerita atau drama tersebut. Ada juga yang membaca novel-novel mengenai kisah cinta dan sebagainya sehingga ada yang menangis kerana terlalu asyik dan khayal dengan kisah novel tersebut. Ada juga yang menangis kerana kesusahan dan ada juga yang menangis kerana terlalu gembira. Ini merupaka perkara yang menjadi fitrah bagi semua manusia.
Namun berapa ramaikah diantara kita yang sanggup menangis di hadapan Allah Taala ketika bersolat? berapa ramai yang sanggup menangis ketika membaca ayat suci Al-quran ataupun mendengar ayat-ayat yang menggetarkan jiwa kita? Ataupun Al-quran itu hanya untuk dibaca dengan nada-nada yang yang hanya dapat menyedapkan telinga sahaja? Cuba kita renung kepada diri ini, siapa kita sebenarnya di hadapan Allah? Apa yang kita lakukan untuk Allah? Apa sumbangan kita untuk agama Allah? Sudah tentu masing-masing sudah mempunyai jawapan yang tersendiri.
Alangkah ruginya hidup ini jika tiada tujuan yang sebenar, apakah tujuan sebenar kehidupan ini?
Tujuannya adalah kita hidup ini untuk menjadi hamba Allah dalam setiap sudut. Di dalam percakapan kita, pergaulan, pekerjaan, pemerintahan, pengibadatan dan semua sudut kehidupan ini. Namun ada segelintir kita tidak mengambil berat dalam masalah ini. Oleh kerana itulah wujud pelbagai masalah dalam kehidupan oleh kerana kita tidak ada sifat ‘kembali kepada Allah (الرجاع إلىألله)
Setiap pergerakan kita ini mesti bersama Allah. Barulah kita mudah menangis dihadapan Allah. Kita tahu bahawa kita dijadikan dari tanah,akan kembali kepada tanah. Betapa hinanya nilaian kita di sisi Allah Taala. Namun, yang menjadi persoalannya, pernahkah kita merintih dihadapan Allah sebagaimana seoarang anak merintih kepada ibunya kerana inginkan barangan permainan? Pernahkah kita menangis dihadapan Allah sebagaimana Saidina Abu Bakar ra yang menangis sehingga basah janggutnya? Alangkah kerasnya hati kita ini…. Alangkah egonya kita…. Jadilah hamba Allah yang selalu menangis kerana takutkan Allah. Sesungguhnya air mata yang mengalir kerana takut kepada kemurkaan Allah itu akan dapat memadamkan bakaran api neraka..
Bagaimanakah kita ingin lembutkan hati ini??? Al-quran sendiri mengajar kita mengenai perkara ini sebagaiman firman Allah Taala yang bermaksud:
“ sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah hati kamu akan menjadi tenang”
Ini lah ubat yang paling mujarab bagu hati yang keras. Dan kita hendaklah berdoa dengan doa:
اللهم ليّن قلبي كما ليّنت الحديد لدآؤد
Maksudnya:
Ya Allah lembutkan hati ku sebagaimana engkau lembutkan besi pada nabi Daud as
Bermacam-macam zikir yang di ajar oleh nabi di dalam hadis untuk kita amalkan. Tetapi zikir itu mestilah bersama dengan hati. Kita amalkan zikir لا إله إلا ألله , kerana sabda nabi saw “ sebaik-baik zikir adalah LAAILAHAA ILLALLLAH”. Di peringkat permulaan amalan zikir ini memanglah agar sukar, tetapi hendaklah di sebut selalu dan di iringi dengan hati. Jika hari-hari hati kita di ketuk dengan zikir ini insyaallah ia akan menjadi lembut dan mudah menangis di hadapan Allah Taala.
Jika kita lihat kepada sejarah para wali-wali Allah, hati mereka ibarat ada hubungan dengan Allah Taala, tidak ada hijab hati mereka dengan Allah. Inilah orang yang di gelar sebagai rabbaniyyin.
Orang yang benar-benar mengenal Allah Taala, oleh kerana itu ulama’ mengatakan
أول ألدين معرفة ألله “ awal-awal agama itu mengenal Allah." Bagaimana kita hendak mengenal Allah Taala? Nabi SAW bersabda:
من عرف نفسه فقد عرف ربه
Maksudnya:
“sesiapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal tuhannya”
Kita hendakklah tahu tujuan kita dijadikan oleh Allah. Kita ialah sebagai khalifah untuk mentadbir bumi ini mengikut peraturan dan undang-undang dari Allah yang terkandung dalam Al-quran dan hadis.
Ulama’ menggariskan beberapa persolan dalam kehidupan ini.
Dari mana kamu datang?
Untuk apa kamu di dunia?
Ke mana kamu akan pergi selepas ini?
Persoalan ini hendaklah di jawab, kita datang dari tanah kemudian dari zat tanah itu jadilah setitis air yang sangat hina disisi Allah.
Untuk apa kita datang? Kita datang sebagai hamba Allah taala untuk memikul amanah sebagai khalifah Allah.
Kemana kita selepas hidup ini? Oleh kerana kita milik Allah tentunya kita akan di kembalikan kepada Allah bagi menuju ke negeri akhirat yang kekal selamanya.
Di dalam tubuh ini ada dua perkara penting. Yang pertama disebut sebagai jasad dan yang kedua di sebut sebagai roh.
Jasad hendaklah makan zat-zat dari tanah, ini kerana asal kejadian kita ialah dari tanah. Manakala roh pula dari Allah. Maka roh memerlukan bantuan Allah sebagai pembimbing. Maka Allah taala mengutuskan nabi SAW sebagai pembimbing dengan berlandaskan wahyu dari Allah. Firman Allah Taala:
يسئلونك عن الروح قل الروح من أمر ربي
Maksudnya:
“ Mereka bertanya mengenai roh, maka jawablah (wahai Muhammad ) roh itu urusan Allah”
Maka, sebagaimana kita memberi makan kepada jasad, maka begitu jugalah kita mesti memberi makan kepada roh. Dua elemen penting ini di jadikan untuk menguji manusia sejauh mana pengabdian diri kepada Allah.
Marilah kita sama-sama renungi kepada diri kita sendiri, bagaimana hubungan kita dengan Allah Taala. Pernahkah kita merasa lazatnya ketika bersama dengan Allah. Selama kita solat, berapa kali kita rasa nikmat dan kelazatan dari solat tersebut. Jika jawapannya TIDAK, bilakah lagi masanya…….???
Andai kata esok kita dijemput oleh Allah. Alangkah ruginya kita semua. Menangislah wahai saudaraku sekalian!!!! Kita insan yang tidak mempunyai harga sedikit pun di sisi Allah. Kita asyik mengejar kemewahan tanpa kita sedar maut sedang mengejar kita.
Kita tidak pernah menangis untuk diri kita ini, betapa banyaknya dosa ku di sisi mu ya Allah. Ya Allah bukalah pintu keampunan untuk hamba mu ni!!!!!
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment