Thursday, July 17, 2008

ana berada di bumi yaman ni terkejut dengan penahanan DSAI. kenapa kerajaan hari ini begitu bengis dalam mengambil tindakan. di manakah demokrasi yang ada dalam negara pada hari ini??
Sama-sama kita fikirkan sahabat sekelian, apa yang akan jadi sekiranya BN masih lagi berkuasa di bumi malaysia ini. Bagaimana nasib generasi yang akan datang? kemana pergi keuntungan petronas yang banyak itu? orang yang sokong kerajaan mungkin duduk sedap saja, tidak memikir masalah ini. Mereka menjadi layu dengan janji-janji yang di tabur oleh kerajaan yang zalim ini. Mereka sanggup menggadai aqidah mereka kerana kehidupan dunia yang sedikit ini. Cuba kita rujuk suran Al-A'raf ayat yang ke-40 fiman Allah Taala yang bermaksud:

sesungguhnya orang-orang kufur kepada ayat kami serta bersikap sombong kapadanya, nescaya kami tidak akan buka pintu langit untuk rohnya naik, dan tidak masuk syurga sehingga mustahilnya unta masuk ke dalam lubang jarum.

Dari ayat ini jelas mengmbarkan kepada kita bagaimana orang-orang yang sombong ini tidak di terima amalannya di sisi Allah swt. Ini masalah aqidah, bukan nya boleh dipermain-mainkan. Aqidah ialah tunjang bagi segala amalan, rosak aqidah maka rosaklah semuanya. Kita beramal setinggi gunung pun Allah tidak akan terima jika aqidah kita rosak.

Ayuhlah UMNO betulkan aqidah kamu yang sesat itu, jika tidak mati dalam keadaan sesat yang nyata!!!!!!!!

Jangan kita melawan Allah taala kerana amat besar padahnya jika kita terus berada dalam kadaan begini. Cuba kita fikir, bumi ni hak Allah, kita hanya menumpang sahaja, tetapi kenapa kita berlagak seperti kita yang punya segalanya??? Tidak percaya kah kita pada saat kematian yang akan tiba, saat itu kita tidak tahu bila akan datang tetapi ingatlah bahawa ia pasti datang menjemput kita sama ada secara paksa atau pun rela.............. SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENEMUI KEMATIAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

0 comments:

Post a Comment