بسم ألله ألرحمن ألرحيم
ALHAMDULILLAH………………..
Ana bersyukur kepada Allah kerana dengan limpahan rahmatNya ana masih lg hidup. Dan ana harapkan hidupku ini berjaya menjadi hamba kepada Allah s.w.t mungkin ramai diantara sahabat-sahabat sekelian telah lama mengenal ana ni akan tepi lebih baik jikalau ana ta’ruf untuk perkenalan dalam blog ana ni.
Sebelum ana ta’ruf, ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat ana yang telah membantu membuat blog ini iaitu Ustaz Syukri (bekas pelajar JAIPUTRA) dan ana buat blog ni di Negara Yaman kerana di Yaman lah kami bertemu..
Ana Mohd Khairul Ikhwan b. Mat Zaki dilahirkan di Kampung Pengkalan Nyerih Besut, kalu di kampung orang panggil adik wan sebab ana lambat boleh adik.. heheheh.. anak ke tiga dari lima orang adik beradik. Yang sulong nama Syahrul Izzati (jak), kedua Nurul Bazlini Hayati (lin) dan ada dua adik Muhammad Noor Aiman (man) dan Ahmad Faizal (adik). Ayah berasal dari terengganu dan ibu di besut. Ana rasa bersyukur kerana hidup dalam keluarga bahagia walaupun kami tidak mewah.
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sura Dungun selapas itu ke Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID), Maahad Darul Kauthar Kelantan, Maahad Darul Quran, dan sekarang ana belajar di yaman.
Terlibat dalam gerakan islam ini sejak dari sekolah rendah kerana ana mendapat didikan dari ibu yang sentiasa memberi dorongan mengenai gerakan islam ini sehingga lah ana berkecimpung dalam bidang dakwah dan kuliah di masjid sekitar pantai timur.. banyak pengalaman pahit manis dalam dunia kuliah ni… di fitnah, di dengki oleh orang yang bertaraf ust. Dan pengalaman pahit ialah ketika berada di terengganu….. ana tidak mahu mengulas panjang dalam masalah ini, biarlah Allah yang menjawab nya satu persatu. Yang penting ujian ini mematang kan diri kita untuk hadapi perjuangan ini.. Cuma pesan ana pada orang-orang yang bertaraf ust ITU bahawa ana sahut cabaran mereka\. Dan kata-kata mereka pada ana masih segar dalam ingatan ini. Bukan hari-hari ini milik kita selalu….. ingat!!!!!!!
Bukan hendak bermusuh tetapi menyahut cabaran
Ini lah sedikit sebanyak yang ana dapat bagi tahu pasal diri yang hina ni.. kalu nak tahu lebih lanjut ni Y.M ana khairul_syakir@yahoo.com
Nombor telifon 013 9785477
Maaflah jika terkasar bahasa… Assalamualaikum…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment