Wednesday, July 16, 2008

TAZKIRAH POLITIK

Maaflah dah lama tak update blog ni. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Semalam ana lihat dalam global media chenal pasal debat DSAI dengan pengampu besar Shabery Ceek. Hebat sekali perdebatan tersebut. Banyak juga hujjah yang dikeluarkan oleh DSAI, tetapi pengampu kerajaan tu asyik duk serang peribadi jeee,,
Adakah rakyat tidak boleh menilai dengan hujjah yang di keluarkan itu, betapa takutnya kerajaan kepada DSAI.
Namun bagi kita jemaah Islam kita menyambut baik sekiranya DSAI menjadi perdana menteri, namun prinsip dan permintaan kita hendaklah di hormati oleh mereka. Ana tak mahu lah jadi seperti di Selangor, macam-macam masalah yang timbul. Ini di sebabkan ada segelintir mereka yang berkepentingan. Yang hanya mengisi perut mereka sahaja tanpa memikirkan hal rakyat. Biasanya wakil rakyat macam ni tak lama….
Kita tidak mahu peristiwa di Terengganu berulang kembali di Selangor, gunakan kemenangan ini untuk rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Ana bimbang kita akan bergaduh sekiranya pakatan rakyat berjaya memerintah, kerana masing-masing tidak hormat dengan pendirian orang lain. KEADILAN pula janganlah bawa perangai UMNO dalam pakatan rakyat ni….. DAP pula perlu menghormati dasar-dasar parti lain. Golongan profisional dalam pakatan ini juga kena tahu apa dia prinsip-prinsip Negara Islam. Jangan lah mereka yang tidak tahu tentang Islam pun nak bercakap mengenai Islam. Ulama’ hendaklah di letakkan sebagai penasihat, jangan kita membelakangi ulama’. Yang menjadi masalah sekarang perkataan golongan profisional lebih mereka pakai daripada perkataan ulama’. Oleh kerana itulah berlaku konsert yang memalukan pakatan rakyat baru-baru ini. Ini kerana ada lagi segelintir ahli pakatan rakyat yang berperangai UMNO. Ana nasihatkan buanglah perangai itu jauh-jauh. Pakatan rakyat seharusnya belajar dengan PAS, kerana PAS berpengalaman dalam masalah ni, PAS menjadi satu parti rujukan kepada pakatan ini. Ana lebih suka jika TGHH menjadi PM, kenapa tidak boleh ke??? Ana pasti yakin dan percaya Malaysia ini akan menjadi suatu Negara yang benar-benar mendaulahkan Islam. Bagi DAP, ana rasa tidak wujud masalah kerana dalam DAP wujud kaum tua dan kaum muda, sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengisyhtiharkan bahawa beliau akan memerintah dengan cara Umar Abdul Aziz. Maknanya DAP faham bahawa Islam itu bukan pengganas sebagaimana yang di salah ertikan oleh kaum tua dalam DAP. Tidak timbul masalah jika PAS mengetuai pakatan rakyat ini.
Negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan ini hendaklah belajar sebagaimana kelantan memerintah. bagaimana rangka kerja yang di buat sehingga kekal 18 tahun memerintah, bagaimana kerajaan kelantan mendidik rakyatnya sehingga tahu perbezaan politik Islam dengan politik jahiliyyah, diantara sebab terkuburnya UMNO di bumi kelantan ialah, mereka tidak mempunyai tokoh sebagaimana Tok Guru. Kesederhanaannya, budi bahasanya tidak dapat ditandingi oleh pemimpin UMNO di kelantan. Oleh kerana itu PAS hendaklah bersedia mempamerkan pemimpin ala Tok Guru di kelantan sekiranya pelbagai kemungkinan berlaku..
Akhirnya kita hendaklah bersatu mempertahankan hak rakyat kerana rakyat memberi kepercayaan kepada kita kali ini. Jangan kita asyik mengisi perut sendiri terlebih dahulu. Isi lah perut rakyat dahulu. Jangan sampai mereka menilai serupa sahaja antara BN dan Pakatan Rakyat……

BERSATU KE MEDAN JIHAD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment