Muhasabah protes
Alhamdulillah…………… pakatan rakyat berjaya mengadakan protes kenaikan harga minyak, tetapi ana sebagai pejuang Islam merasa sedikit terkilan dengan kejadiaan yang berlaku. Rasa malu pun ada. Oleh sebab itulah sebarang kerja yang nak dibuat hendaklah ikut garis panduan serta pendapat dari ulama’. Jangan kita buat ikut hawa nafsu dan kepala otak kita sahaja. Ini semua kerana terdapat mereka yang memikirkan dari segi aulawiyyat dan mereka hendak bercakap mengenai aulawiyyat tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mengetahui kaedah-kaedah usul yang digariskan oleh ulama’ muktabar..
Ana selaku ahli PAS tidak mahu lah perkara ini berulang kembali.. malu kepada musuh. Walaupun kita berbeza dari segi dasar, akan tetapi matlamat dan tujuan kita sama. Oleh kerana itu, maka pihak yang bertanggungjawab hendaklah menghormati dasar-dasar yang ada. Dan ana berpendapat banyak lagi hiburan yang altenatif untuk progam tersebut…. Dan kenapa perkara sebegini boleh berlaku?????
Tidakkah ada lagu-lagu yang lain bagi membangkitkan kemaraan rakyat selain dari lagu-lagu yang berlirik songsang ini!!!!!!! Kadang-kadang apa yang disebut kita sendiri pun tak faham…. Ana bukan apa, takut kita ni dah lari dari landasan sebenar…. Kita kena ajar rakyat berhibur cara yang altenatif… seperti mana kerajaan kelantan buat dulu, jemput mawi.. Alhamdulillah ramai yang terima, dan golongan muda pun hadir, mereka menyatakan sokongan bahawa kerajaan kelantan tidak menolak hiburan, jadi mereka-mereka ini perlu belajar dengan kelantan…
Memang lah kita dibenarkan berhibur kerana ia sudah menjadi fitrah bagi manusia, tetapi hiburan yang melampau tidak boleh dalam Islam.. ana dapat maklumat yang mana konsert ini berlaku selepas asar dan sampai ke hampir pada waktu magrib…. Macam mana ini boleh berlaku… Ini kita kena faham!!! Ana berharap pihak yang terlibat ini jangan ulangi lagi apa yang berlaku.
Tidakkah mereka belajar dengan kelantan cara mengendalikan konsert ini? Ana takut kita di fitnah lagi.. kita sekarang dalam rancangan melangkah ke Putrajaya. Janganlah disebabkan perkara ini menjadi senjata kepada musuh kita untuk menyerang kita kembali….. harus di ingat… gunakan peluang yang diberi oleh rakyat kepada kita,,,, jangan kerana perkara ini rakyat menolak kita….
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kawe ada tulis dalam blog kawe pasal suara keadilan,lidah rasmi KeADILan mengenai artikel Muzik underground dari kaca mata positif Muzik [http://wan-nasru.blogspot.com/2008/07/muzik-underground-dari-kaca-mata.html]. Mereka lebih kearah liberal @ sosialis ala barat yang baik. Soal islam bukan asas perjuangan mereka.yang nampak islamik ialah Anwar dan Wan Azizah je.yang lain tak reti nak jaga kelakuan. Maklumlah banyak bekas UMNO. Anwar pun masih tak jaga tangan utk bersalaman.
Ini antara masalah dalam Pakatan Rakyat yang kena kita teliti dan perhatikan. Kalau tidak punah ranah imej pas.
Post a Comment