Friday, November 27, 2009

PERUTUSAN EIDULADHA

terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidiladha kepa semua para pembaca blog ini. dalam kita menyambut hari raya ini, ia memberi makna yang begitu besar kepada kita mengenai makna pengorbanan, bagaimana pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi ibrahim yang memberi kesan yang besar kepa seluruh umat hingga hari ini.

nabi ibrahim yang berdepan dengan ayahnya sendiri yang menjadi penentang yang kuat padanya, akan tetapi allah taala menjadikan kekuatan istiqamah pada nabi ibrahim begitu tinggi. baginda juga berhadapan dengan pemerintah yang amat zalim lagi bengis. namrud yang memerintah pada ketika itu menjatuhkan hukuman yang begitu berat kepada nabi ibrahim, iaitu dibakar hidup-hidup dalam api, namun allah taala menyelamatkan kekasihnya ini. walaupun sifat api yang panas, namun tidak memberi kesan sedikit pun kepada nabi ibrahim.
baginda juga telah mengorbankan kasih sayang baginda pada keluarga dengan kerana mengikut perintah allah s.w.t. ini lah kicintaan yang sebenar yang ditunjukkan oleh nabi allah ibrahim..

oleh yang demikian , marilah kita pada hari ini mengorbankan segala apa yang ada untuk agama allah s.w.t. biarpun apa sahaja yang berlaku, hendaklah kita bersama dengan jemaah yang menegakkan agama allah.

0 comments:

Post a Comment