salam perjuangan
ramai yang mungkin terkejut bila membaca komen saya mengenai dengan Dr Asri. saya menulis demikian bukan bermakna saya seorang wahabi, bagi yang menuduh saya wahabi, adakah mereka tahu sejarah wahabi yang sebenar, dan kesan positif wahabi pada zamannya. jangan kita hanya pandai menuduh sahaja tanpa memberi hujjah yang kukuh.
namun bagi saya, jais dan Dr asri mempunyai salah dan silap masing-masing. apa yang perlu kita tekankan sekarang masalah umat di zaman sekarang. sebab itu kita perlu melihat perkara yang lebih aulawiyyat dalam segala masalah, dengan masing-masing berkeras dengan hujjah mereka segala perkara tidak akan dapat diselesaikan.
ulama'-ulama' terdahulu walaupun mereka bercanggah pendapat tetapi khilaf dikalangan mereka tidak membawa masalah besar bahkan membawa rahmat kepada semua. sifat thiqah antara satu sama lain amat lah perlu. tetapi pada hari ini kita lebih kepada hendak menghemtam golongan-golongan tertentu sehingga mereka tersinggung. adakah ini salah satu pendekatan dakwah secara hikmah???
di kelantan perkara ini juga wujud tetapi tidak lah sampai bergaduh antara satu sama lain. cuma ada lah golongan yang terlalu taksub dengan fahaman mereka yang sampai tuan guru menteri besar pun dituduh sebagai wahabi. bagi yang menuduh begitu saya ingin bertanya kepada mereka. apakah sumbangan mereka kepada masyarakat di kelantan??? siapa yang boleh mengubah pemikiran rakyat kelantan???
oleh kerana itu tidak ada gunanya kita bergaduh, yang bertepuk tangan adalah golongan jahil...
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam, Ustaz.
memang kecoh tentang Wahabi, pada hal para ulama' lepas tak ada pon bising tentang wahabi ke apa.
Tok guru pon ada org kata wahabi...
Post a Comment