Tuesday, November 3, 2009

PENANGKAPAN YANG TIDAK WAJAR

Saya terkejut apabila membaca muka depan akhbar metro yang mempamerkan penangkapan Dr asri zainal abidin. Saya berfikir sorang diri, adakah bekas mufti ini membawa ajaran sesat seperti qadiani, ayah pin, ajaran kahar dan sebagainya. Adakah wujud tangan-tangan gaib di sebalik penangkapan ini??? Kenapa masalah tauliah yang di utamakan? Berapa ramai lagi penceramah yang tidak bertauliah di Selangor yang tidak di tangkap oleh pihak JAIS. Apa yang nyata disini, penangkapan ini amat memalukan semua.

Sepatutnya pihak JAIS memanggil Dr asri dan berbincang dengan baik. Secara ilmiah, bukan dengan mendengar pengkhabaran yang di buat oleh sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab. Al quran mengajar kita supaya menyelidik sesuatu berita yang di bawa oleh orang yang fasik.. takkan jais pun terpengaruh…. Memang nak tegakkan sunnah memang payah, masyarakat kita pada hari ini sudah tidak tahu perbezaan diantara sunnah dan bida’ah. Bila ada orang yang hendak memperbetulkan memang hebat cabaran yang akan diterima. Bagi mereka yang ta’sub sangat dengan fahaman-fahaman tertentu, saya nasihatkan kita semua kena beralih kepada perkara aulawiyyat. Ramai lagi mereka yang tidak pandai bersolat, buta al quran, maksiat, dedah aurat. Siapa yang dapat menyelesaikan semua masalah ni?? Sudah tentu para pendakwah yang memainkan peranan penting dalam masalah ini.

Tetapi apabila kita bergaduh masalah khilaf ni, sampai bila pun tak akan selesai. Yahudi yang akan bertepuk tangan. semua pendakwah harus bersatu hati dan menerima pendapat yang lebih soheh, sifat tolak ansur mesti ada. Cuba kita duduk semeja bincang masalah umat hari ni. Masalah aqidah umat hari ni, golongan sekular lah yang akan bertepuk tangan dengan peristiwa ini..

Daripada JAIS membuang masa membuat penangkapan ini, lebih baik buat penangkapan pada orang yang tidak mengerjakan solat jumaat di negeri Selangor, buat peraturan bagi mereka yang meninggalkan solat, dedah aurat dan sebagainya. Kenapa yang menjadi sasaran ahli ilmu dan ahli ibadah???? Yang lebih menghairankan saya, kenapa pihak pendakwa JAIS tidak hadik ke mahkamah, tindakan ini benar-benar memalukan.
Diharap Dr asri sabar dalam menghadapi ujian ini…….. sama-sama lah kita berdoa supaya allah tunjuk siapa yang benar dan siapa yang salah..

MUSUH UTAMA KITA IALAH UMNO DAN BN BUKAN GOLONGAN WAHABI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment