Sunday, December 27, 2009

hijrah

alhamdulillah kita masih berada dan sempat untuk bertemu dengan tahun baru hijrah ini. ya allah jadikan tahun baru ini lebih baik dari yang sebelumnya. setiap kali sambutan hijraturrasul s.a.w setiap masjid memjemput ustaz-ustaz untuk menyampaikan kuliah mereka. akan tetapi apakah kesan kepada masyarkat? saya lihat sambutan ini hanya sekadar majlis makan dan kenduri sahaja. ini lah kesilapan umat pada hari. hijrah nabi membawa pwngertian besar kepada dunia islam dan sekali gus mengubah tamadun manusia. kenapakah nabi perlu berhijrah dari mekah ke madinah? adakah sekadar untuk menunaikan solat, berpuasa, melakukan haji dan sebagainya. jika nabi berfikiran begitu maka tidak perlu hijrah ini dilakukan, akan tetapi nabi memikul tugas lebih berat daripada itu lagi.nabi berhijrah kerana memerlukan kuasa, kerana dengan kuasa yang ada islam dapat menggubal undang-undang mengikut wahyu dari allah taala.
maka sangatlah tidak tepat mereka yang mengatakan islam hanya sekadar puasa, solat, zakat dan haji semata-mata. tetapi satu lagi perkara yang perlu ada pada umat islam zaman sekarang ialah semangat jihad untuk membela islam. kebanyakan kita pada hari ini menumpukan masalah bangsa berbanding agama, ini yang menjadi kesilapan besar pada umat islam. dan hijrah juga menunjukkan kepada kita semangat para sahabat membela islam dan diri nabi s.a.w. ini dapat dilihat betapa cekalnya hati umat islam pada masa itu, mereka sanggup bersama dengan rasulullah walaupun ekonomi mereka disekat dan dipulau. ada yang mengadaikan nyawa nya untuk perjuangan islam, betapa tingginya pergantungan mereka pada allah taala. inilah yang perlu dicontohi umat islam hari ni... ayuhlah berhijrah dan berjihad!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment