Tuesday, June 8, 2010

15 PINTU SYAITAN

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita - pintu marah - cinta dunia - kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Sanjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

Sunday, June 6, 2010

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahwa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahwa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahwa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahwa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahwa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.

Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendakl mengapakah kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia ?"
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'.
Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahwa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

Wednesday, April 21, 2010

KESESATAN HJ ABDULLAH SAAMAH

kita pernah mendengar beberapa orang ulama' yang mati dalam keadaan sesat pada zaman sebelum dari kebangkitan nabi muhammad s.a.w. bal'am pada zaman nabi musa yang di upah oleh penguasa ketika itu yang sanggup meyesatkan pengikutnya.
tidak kurang juga pada zaman sekarang timbul tokoh-tokoh ulama' yang menyesatkan masyarakat, di antara mereka ada yang menghalalkan zina, arak, dan ada juga ulama' menyokong kenyataan yang bercanggah dengan islam.
di kelantan ada seorang tok guru pondok yang tidak ubah seperti anjing, sebagaimana yang disebut dalam al quran, di beri makan pun menjelir, lapar pun menjelir. di beli oleh UMNO dengan harga yang murah. beliau berceramah di merata tempat di kelantan , mengeluarkan hujjah-hujjah dan dalil yang bagi beliau tepat untuk mengatakan PAS adalah wahabi dan sesat. tuan guru menteri besarlah yang menjai sasaran beliau. namun yang menghairankan saya, ada juga yang membenarkan apa yang disebutkan oleh penyesat ini.
dalam isi kandungan ceramah beliau, beliau menyerang tuan guru menteri besar secara peribadi, hujjahnya tuan guru sebagai wahabi yang sesat, saya ingin bertanya kepada beliau, apakah sumbangan beliau pada rakyat kelantan sebelum tahun 1990 untuk menghapuska judi, kelab malam , arak, pelacur, mak nyah di kelantan ini???? mana pergi orang-orang yang mengaku sunnah pada ketika itu??? walaupun kelantan pada masa itu banyak pondok-pondok.
inilah jasa tuan guru menteri besar kepada kelantan yang tidak di lihat oleh penyesat ini.
beliau bangga dengan pengajiannya di makkah. beliau juga bangga dengan ilmunya yang banyak, tetapi adakah seorang yang berilmu melemparkan maki hamun dan fitnah pada orang lain. beliau memang berilmu akan tetapi tidak ada makrifah ilmu. jahil dalam menggunakan ilmu. PAS baginya kafir kerana mengikut telunjuk DAP dan bersekongkol dengan DAP, kerana DAP cina dan kafir.
bagaimana pula dengan UMNO yang bersekongkol dengan MCA,MIC? adakah MCA, MIC ini jawa atau bugis.
PAS walaupun berbaik dengan DAP, PAS tetap dengan dasar islam, tetapi UMNO tetap dengan dasar kebangsaan. saya ingin bertanya kepada beliau. kebangsaan lebih baik ke islam lebih baik.???? DAP lebih faham islam jika di bandingkan dengan UMNO. DAP lebih kenal umar abdul aziz jika dibandingkan dengan UMNO.
saya menyeru kepada beliau supaya bertaubat kepada allah. jangan menjadi kuda tunggangan UMNO. malu lah dengan serban yang ada atas kepala kamu wahai hj abdullah!!!!!

Sunday, April 18, 2010

WASIAT RASULULLAH KEPADA AISYAH

Wasiat RasululLah SAW Kepada Siti Aisyah

Daripada Sayidatina Aisyah r.h.a., telah berwasiat Rasulullah s.a.w. Sabdanya: “Hai Aisyah, aku berwasiatkan wasiat ini, maka hafalkanlah olehmu akannya. Engkau akan sentiasa dalam kebajikan selagi engkau menghafali wasiatku ini.

“Hai, Aisyah peliharalah dirimu kerana bahawasanya kebanyakan kaum wanita menjadi isi neraka dan kayu apinya.

Lalu aku bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah terjadi yang demikian itu?”

Jawab baginda, “Kerana mereka tidak sabar di atas kesusahan, tidak memuji Allah atas kemurahan-Nya, mengkufuri nikmat-Nya, banyak berkata kepada perkara yang sia-sia. Kaum perempuan juga kurang pada akal dan agamanya. Adapun kurangnya pada agama, bahawasanya perempuan itu pada setiap bulan meninggalkan solat sekian-sekian harinya dan keadaan kurang akal ialah Allah s.w.t menjadikan dua orang saksi wanita bagi ganti seorang saksi lelaki.

"Hai Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi; tiada bersyukur dan apabila ditimpa bencana tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu-ngadu dan mengkufuri nikmat.”

Memperkecil Jasa Suami

Aku bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah yang dikatakan mengkufuri nikmat itu?”

Sabdanya, “Kerana bahawasanya wanita itu di bawah jagaan kaum lelaki, kemudian beroleh anak dua atau tiga orang, lalu berkata, Demi Allah tiada aku lihat padamu (suaminya) walau satu kebajikan.

"Hai Aisyah, apabila berkata seorang wanita kepada suaminya; tiadalah kulihat satu kebajikan pun daripadamu; maka ditolak oleh Allah segala amalannya.

"Apabila seorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka Allah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang tujuh 70 hasta lalu diikat ke belakang tengkuknya.

"Seorang wanita memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan mukanya daripada suaminya, maka pada hari akhirat Allah menghempas muka dan tubuhnya.

"Apabila seorang wanita itu tidak bertukar tempat tidur atau berpindah tempat tidur dan menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikat ubun-ubunnya kepada kakinya lalu diletakkan syaitan di atas mukanya di dalam neraka.

Tidak Berdoa Untuk Suami

"Apabila seorang wanita bersolat untuk Tuhannya, kemudian berdoa untuk dirinya tetapi tidak berdoa untuk suaminya; solatnya itu akan dipukulkan ke mukanya sehinggalah dia mendoakan untuk suaminya, kemudian barulah dia berdoa untuk dirinya.”

Balasan untuk perempuan yang tidak sabar

“Hai Aisyah, apabila wanita ditimpakan bala, lalu dia menampar-nampar muka dan mencarik-carikkan kainnya, maka adalah ia bersama isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut di dalam neraka. Dan ia akan berputus asa daripada segala kebajikan akhirat dan daripada syafaat di akhirat.

“Apabila wanita berkabung di atas kematian lebih daripada tiga hari digugurkan amalannya oleh Allah s.w.t.

“Hai Aisyah, apabila meratap wanita di atas kematian maka Allah menjadikan lidahnya sepanjang 70 hasta lalu diseret ke dalam neraka bersama orang-orang yang mengikutinya.”

Kewajipan suami

“Hai Aisyah, tiadalah seseorang lelaki itu masuk ke rumahnya dengan memberi salam kepada ahli keluarganya melainkan diberi banyak kebajikan kepada rumah itu dan dihindarkan daripada mereka papa. Dia dan ahlinya adalah sentiasa di dalam nikmat dunia dan nikmat akhirat.

“Hai Aisyah, terlalu kerap sahabat yang aku kasihi; Jibril, mengingatkanku mengenai kebajikan wanita sehingga aku merasakan bahawa mentalakkan wanita itu akan diharamkan. Hai Aisyah, akulah pembela wanita yang ditalakkan suaminya tetapi dia tidak memberi mahar kepada wanita itu. Allah s.w.t akan menjadi kadinya.

“Apabila lelaki menegah haknya (pakaian, makanan dan sebagainya) maka Allah s.w.t akan menegahnya daripada nikmat syurga pada hari kiamat nanti.

“Apabila lelaki yang beristeri ramai tidak berlaku adil antara mereka; tidak sama pada giliran tidur, nafkah, pakaian, makanan dan pandangan; maka ia akan dilaknat oleh Allah juga malaikat dan manusia kesemuanya.

Pahala Besar Kerana Hamil

“Hai Aisyah, tidak mengandung seorang wanita daripada benih suaminya melainkan pada waktu ia mengandung itu diberi pahala seperti pahala puasa pada siang hari dan seperti pahala orang yang solat sepanjang malam serta pahala orang yang berperang di jalan Allah.

“Tidaklah seorang wanita itu yang melahirkan anaknya itu melainkan setiap kesakitan itu seperti memerdekakan seorang hamba dan setiap kali memberi susu itu juga seperti memerdekakan seorang hamba. Hai Aisyah, apabila seorang wanita mengeluarkan susu untuk anaknya maka berseru suara dari langit yang menyerukan; ‘Hai wanita, cukuplah pada amalan yang lalu, maka cukuplah baginya amalan-amalan yang akan datang.’

Pahala Kerana Meringankan Mahar

“Hai Aisyah, apabila seorang wanita meringankan mahar kahwinnya dan isi hantarannya maka setiap dirham yang dikurangkan itu adalah haji yang mabrur dan umrah yang makbul. Dan diampunkan dosanya dan dosa yang lampau, sama ada disengaja atau tidak sengaja.

“Apabila seorang wanita itu bersabar atas kejahatan suaminya maka ia seperti pahala orang yang menumpahkan darah dalam perang sabilillah. Selain itu ia tergolong dalam golongan qanitaat (banyak ibadah), zakiraat (kuat mengingati Allah), muslimin dan mukminat yang banyak beribadah.

“Maka bersungguh-sungguhlah kamu dan bersungguh-sungguhlah. Nescaya kamu akan bersahabat dengan pengikut wanita Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Lut.”

Sunday, April 4, 2010

KEMURTADAN SEORANG PENGUASA

Jenis kemurtadan yang paling berbahaya adalah kemurtadan seorang penguasa. Dia yang
seharusnya diharapkan bisa memelihara aqidah umat dan memberantas kemurtadan serta
mengusir orang-orang yang murtad dan tidak memberi kesempatan kepada mereka untuk
tetap tinggal di lingkungan masyarakat Islam, tetapi ternyata dia sendiri yang mempelopori
kemurtadan, baik secara rahasia ataupun secara terang-terangan. Dia menyebarkan
kefasikan, dan yang melindungi orang-orang yang murtad. Membukakan jendela dan pintu
untuk mereka. memberikan kepada mereka simbul dan nama, sehingga kondisinya seperti
yang diungkapkan dalam pepatah Arab, "Haamiiha wa Haraamiiha," atau yang dikatakan
oleh seorang penyair "Penggembala kambing itu semestinya memelihara kambingnya dari serigala, tetapi bagaimana jika para penggembala itu sendiri menjadi serigala."

Kita lihat penguasa seperti ini telah menjadi pendukung dan pelindung musuh-musuh Allah,
dan ia memusuhi wali-wali Allah (orang-orang yang beriman), menghina aqidah,
melecehkan syari at,. tidak menghargai perintah dan larangan Allah dan Nabi-Nya,
merendahkan seluruh kesucian dan kemuliaan ummat yaitu para sahabat yang abrar, dan
keluarga Nabi yang ath-haar, khulafa' akhyaar dan para imam yang alim dan para pahlawan
Islam. Mereka itu menganggap bahwa orang yang berpegang teguh pada syari'at Islam
sebagai kriminal dan ekstrimis, seperti shalat di masjid bagi kaum laki-laki dan memakai
hijab (jilbab) bagi kaum wanita.

Mereka tidak cukup berbuat demikian, tetapi mereka bekerja sesuai dengan falsafah (teori)
"Taifif Al Manaabi'" (mengeringkan/mematikan sumber) dengan berterus terang, dalam
pendidikan, penerangan dan kebudayaan. Sehingga tidak tumbuh (muncul) dari padanya
kecerdasan seorang Muslim dan tidak pula kepribadian seorang Muslim.

Mereka tidak berhenti sampai di situ, tetapi mereka juga mengusir (menekan) para da'i yang
sebenarnya. Mereka menutup pintu-pintu bagi setiap gerakan dakwah yang jujur yang
menginginkan pembaharuan dan aktualisasi semangat beragama serta memajukan
(memakmurkan) dunia berdasarkan dien.
Anehnya sebagian dari mereka--selain yang berterus terang dengan kemurtadannya--ada
yang senang menggunakan simbul Islam agar dikatakan oleh ummat bahwa mereka itu
orang-orang Islam. Padahal mereka ingin merobohkan bangunan ummat dari dalam.
Sebagian mereka ada yang berusaha menjadikan agama sebagai sentuhan saja yaitu dengan
mendorong masyarakat untuk beragama dengan berpura-pura dan merekrut para ulama yang
sering disebut "Ulama Sulthah dan Ulama Syurthah"(Ulama pemerintah dan spionase
penguasa).

Di sinilah keadaan menjadi sulit, siapakah yang akan melaksanakan had (hukuman) kepada
mereka? Atau siapakah orang (ulama) yang berani memberi fatwa atas kekufuran mereka,
padahal itu kekufuran yang nyata yang dalam istilah hadits disebut "Kufrun Bawwah."
Siapakah yang akan menghukumi kemurtadan mereka, sementara lembaga fatwa dan
peradilan yang resmi (sah) ada di tangan (kekuasaan) mereka?

Maka tidak ada lagi yang dapat dilakukan kecuali pembentukan"Opini Umum" ummat Islam
dan kesadaran umum yang Islami. Yang hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang bebas
(dari jeratan jahiliyah) dari para ulama, para da'i dan para pemikir yang masih teguh dan
tsabat di saat pintu-pintu di hadapannya telah ditutup, dan segala jalan telah diputus. Di saat
itu mereka akan berubah menjadi gunung berapi yang akan meletus di hadapan para Thaghut
yang murtad. Maka bukan persoalan yang gampang menghilangkan masyarakat Islam dari
identitasnya atau menjatuhkan aqidah dan risalahnya yang itu merupakan sumber kekuatan
dan rahasia kekekalannya.

Telah teruji dalam sejarah penjajahan Barat (Perancis) di Aljazair dan penjajahan timur
(Rusia) di berbagai wilayah negara-negara Islam di Asia --meskipun pengalaman itu keras
dan memakan waktu cukup lama di sana-sini--bahwa mereka tidak bisa mencabut akar
identitas Islam dan kepribadian Islami dari ummat Islam. Akhirnya pergilah para penjajah itu
dan tetaplah Islam dan kaum Muslimin dengan keberadaannya.
Hanya saja peperangan yang disulut untuk menghadapi Islam dan para da'inya oleh sebagian
penguasa Nasionalis sekuler yang kebarat-baratan di sebuah negara. maka setelah negara itu
merdeka, permusuhannya justru lebih tajam dan semakin keras daripada peperangan/
serangan pada penjajah itu sendiri.