Thursday, July 31, 2008

SALAFI ATAU “ SALAFI JADIAN” ??????

Sering kita dengar pada hari ini ada setengah pendakwah-pendakwah membesarkan masalah khilaf lebih dari masalah aulawiyyat. Perkara seperti qunut, tahlil, bacaan yasin malam jumaat, ziarah kubur dan sebagainya telah lama di selesaikan oleh para alim ulama’ terdahulu, kenapa pada hari ini kita masih membicarakan soal khilaf ini?? Alangkah kurang cerdiknya sifat pendakwah sebegini.
Yang hendak kita bincangkan ialah macam mana kita hendak menyelamatkan aqidah para remaja yang menjadi pewaris agama, bangsa dan negara akan datang. Isu mat rempit, penagihan dadah, melepak dan budaya-budaya yang songsang yang menyerap masuk dalam otak para remaja pada hari ini. Kenapa kita lebih mementingkan isu yang remeh ini sebagai tajuk kuliah, ceramah atau seminar??? Tidak sedarkah kita bagaimana kepincangan yang berlaku pada hari ini? Mereka yang hanya pandai menuduh bid’ah sahaja tanpa mereka berusaha menyelesaikan perkara ini dengan Al-quran dan Sunnah. Mereka ini konon berpegang pada salafi tetapi lebih syadid lagi dari salafi sebenar. Semua ulama’-ulama’ muktabar di tuduh sebagai KAFIR, SYIRIK dan bermacam-macam lagi. Inikah sifat seorang pendakwah?? Ana ingin bertanya kepada mereka, pernahkah ulama’ salaf ataupun khalaf mengkafirkan antara satu sama lain?? Mereka ada sifat hormat-menghormati dan kasih sayang antara satu sama lain.

Ana cukup terkejut apabila mendengar kuliah seoarng ustaz yang konon bermazhab salafi tetapi nyata hanya menjadi SALAFI JADIAN atau WAHABI JADIAN. Di dalam blog mereka ini hanya membangkit soal khilaf. Sanggup mereka mengutuk ulama’-ulama’ yang muktabar seperti Dr Yusoff Al qaradawi, Said Hawa’, Hasan Al bana. Mereka ini ulama’ yang banyak berjasa dalam dunia Islam. Yang sanggup hadapi kerajaan yang zalim untuk mempertahankan Islam!!!!!!!!!!!
Mengapa golongan yang mengaku salafi ini tidak menentang Islam Hadhari yang sesat??? Tidak ada pun ulasan dalam blog mereka atau kuliah untuk mengatakan Islam Hadhari sesat??? Adakah golongan ini redha dengan perancangan Islam Hadhari ini??? Apabila kita berjuang menegakkan Islam, kita dituduh bermacam-macam. Sehingga ada di kalangan mereka menuduh parti Islam ini sebagai Syiah dam sebagainya. Sekarang hidup kita perlu berjemaah, dan PAS sahajalah yang menyahut cabaran perjuangan ini. Ada diantara mereka juga sibuk dengan bida’ahnya sehingga lupa bahawa kita perlu berjuang di atas dasar Islam. Mereka juga menuduh bermacam-macam kepada Ikwanmuslimin. Ana ingin bertanya kepada insan yang bernama ROSUL DAHRI ini adakah dia berani menegakkan Islam di bumi ini sebagaimana pemimpin-pemimpin ikhwan. Setakat menuduh bida’ah boleh lah… Semuanya bida’ah!!!!

Maaflah, ana bukannya apa, Cuma hendak berbetulkan sikit masalah ini. Kita hanya menyibukkan diri dengan menuduh orang lain sebagai bida’ah tanpa kita sedari bahawa kita perlu selesaikan masalah yang paling utama ialah menyelamatkan aqidah manusia.
Di dalam Islam, dalam ilmu usul fiqh contohnya, sumber rujukan hukum adalah Al-quran, hadis, ulama’. Bukan Al-quran dan hadis semata-mata. Dalam kaedah ini juga ada bab qias. Adakah golongan SALAFI JADIAN ini menolak fikrah dan pendapat ulama’???


Dimanakah penafsiran Al-quran yang mereka dapat kalau tidak di dalam kitab-kitab para alim ulama’????
Yang paling teruk ialah mereka menolak sistem pilihanraya dengan megatakan ini bida’ah, mereka lebih rela menyerah kuasa bukan pada orang yang layak semata-mata dengan alasan bida’ah mereka. Ini perbuatan yang zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya!!!!!!!!!!
Jika kita tidak memasuki pilihanraya ini, bagaimana kita hendak memerintah dengan hukum Allah. Oleh kerana itu apabila kuasa berada di tangan kita, barulah kita boleh mengubah sistem ini dengan berlandaskan Islam. Cuba rujuk kitab FIQH DAULAH karangan Dr Yusof Al-Qaradawi. Semua umat Islam merujuk pendapat daripada beliau. Tetapi ada juga golongan yang menolak pendapat ini dengan alasan mereka “ini bida’ah”. Merekalah sebenarnya bida’ah. Adakah kiat rela berada dibawah pemerintah yang zalim? Atau kita menentang mereka dengan cara pilihanraya kemudian apabila kita menang kita akan ubah sistem ini kepada Islam. Mana yang lebih baik wahai salafi jadian!!!
Oleh kerana itulah kita perlu kembali pada perkara asas yang telah di sebutkan tadi, bagaimana kita hendak menyatukan umat Islam yang berpecah pada hari ini. Ini tidak, mereka lebih memecah belahkan masyarakat hari ini dengan isu bida’ah mereka. Mereka lah sebenarnya DAJJAL!!!!!
Kita kena terima semua pendapat selagi mana pendapat tersebut tidak terkeluar dari kaedah ataupun dasar pengambilan hukum tersebut. Jangan kita cepat menuduh orang sebagai bida’ah semata-mata kerana populiriti. Masing-masing ada hujjah. Kemukan secara hikmah. Barulah nampak zuhudnya seorang ulama’. Jangan kita berselindung di sebalik wajah SALAFI tetapi dalam masa yang sama kita musnahkan kesatuan dalam umat Islam itu sendiri. Sebab itu ana berikan nama mereka ini sebagai SALAFI JADIAN. Mereka telah memeningkan masyarakat dengan perkara khilaf ini, mereka mengkafirkan ulama’. Mereka sahaja yang betul, yang lain semua bida’ah. Kalu begitu ROSUL DAHRI ni kena angkat jadi mujtahid lah kan?? Mujtahid atau MUJTAHI ????????

Dalam kaedah berdakwah, kita perlu mengambil perkara asas sebagai tajuk perbincangan kita, contohnya masalah aqidah, masalah sosial. Ini perlu di ambil berat oleh semua para pendakwah yang ada. Ilmu yang perlu diketahui oleh para pendakwah juga adalah ilmu hati atau TAZKIYATUN NAFSI. Ini penting kepada para pendakwah supaya ia menjadi zuhud dalam segala amalan harian. Ilmu mengenai hati adalah tunjang dalam segala amalan-amalan yang lain. Ana sungguh tertarik dengan kitab yang di tulis oleh seorang ulama’ muktabar iaitu Said Hawa’ mengenai dengan ilmu mengenala Allah Taala. Dalam mensyarahkan kitab Hikam Ibnu A’thoilllah beliau menggariskan beberapa panduan jalan untuk mendekakatkan diri kepada Allah. Adakah ini juga bida’ah? Mengajak manusia dekat dengan Allah, adakah sesat dan akan ke neraka?

Oleh itu ana nasihatkan kepada puak-puak SALAFI JADIAN ini, cukuplah memeningkan kepala masyarakat dengan perkara khilaf, kita balik kepada perkara asas. Ana nasihatkan kepada ROSUL DAHRI ini supaya balik kepada Allah dan banyak-banyak beristighfar, lihat pada diri sendiri, apa sumbangan beliau kepada dunia Islam ini, dan apa sumbangan beliau kepada perjuangan Islam??? Tepuk dada wahai salafi jadian, Tanya iman kamu sendiri………………..

Sunday, July 27, 2008

Ana begitu terkejut apabila seorang rakan menghantar email kepada ana. Apabila ana membaca satu keratan berita yang di hantarnya yang diambil dari HARIAN METRO mengenai satu cerita yang amat memalukan umat Islam pada hari ini. Cerita mengenai pelajar sekolah rendah yang membuat pengakuan secara terbuka mengenai kegitan salah laku seks mereka bersama saudara terdekat sendiri.

Ana membaca berita tersebut sambil linangan air mata tidak di sedari gugur ke bumi. Ya Allah betapa dasyatnya manusia pada hari ini. Dimana pergi tanggungjawab ibu dan bapa mereka????
Jika kita lihat pada hari ini ibu bapa kurang mengambil perhatian mengenai soal tanggungjawab mereka pada anak-anak. Kehidupan keluarga Islam sudah tidak wujud lagi, malah ada di antara kita yang mengatakan, takut hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama kerana peluang perkerjaan tidak ada. Ini pandangan yang KURANG CERDIK. Nabi SAW bersabda yang bermaksud " mana-mana orang yang Allah hendak berikannya kebaikan nescaya Allah beri mereka faham agama"

Haram dan Halal tidak boleh di hukum dengan akal manusia tetapi ia hendaklah berlandaskan kepada Al quran dan Hadis.

Soalnya sekarang di mana ibu bapa dalam masalah ini, adakah mereka memahami masalah ini? Apabila kita melihat kepada masalah yang berlaku kepada remaja pada hari ini, jelas kita lihat bahawa mereka tidak di dedahkan dengan agama sejak kecil lagi. Bagi pihak kerajaan pula, dasar pendidikan perlu di ubah dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Jika kedua-dua pihak ini dapat memainkan peranan masing-masing, ana yakin dan percaya perkara ini dapat di selesaikan dengan mudah.
Oleh kerana itu lah pihak-pihak yang berkenaan jangan terlalu memandang rendah terhadap orang yang belajar agama. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan cara Islam dalam setiap sudut. Dalam soal solat umpamanya, ibubapa hendaklah menyuruh sejak dari kecil lagi, membawa ke masjid, majlis ilmu dan pelbagai cara lagi yang perlu di buat bagi anak-anak terikat dengan suasana agama itu sendiri.

Kita jangan memandang masalah ini sebagai perkara biasa. Apa akan jadi 10 tahun akan datang jika perkara ini kita tidak sama-sama banteras dari akar umbi. Pernahkah ibubapa meluangkan masa bersama anak-anak mereka??
Dlam masalah mendidik anak ini, kita kena lihat contoh seorang tabi'in yang bernama Lukman Al Hakim, dia menyuruh anaknya bertaqwa pada Allah, buat yang makruf dan cegah kemungkaran. Adakah sama didikan kita dengan didikan Lukman ini???? tepuk dada tanya diri masing-masing..............................

Insyaallh pada tulisan yang akan datang ana akan megutarakan wasiat Lukman Al hakim.......

Friday, July 25, 2008

Alhamdulillah...............

Dengan berkat kita bersabar Allah campakkan kita satu keputusan yang baik. Akhirnya isu muzakarah ini di kira selasai dengan adanya perbincangan yang di lakukan dengan Majlis Syura Ulama' dengan Dato' Mursyidul Am.
Walau wujud perbezaan pendapat mereka semua tetap pemimpin yang kita semua kasihi. Mereka semua nya alim dalam bidang masing-masing. namun kita jangan sesekali berganjak dengan gerakan ini. Selepas Allah Taala berikan kemenangan hebat kepada kita baru-baru ini ,maka kita jaga lah sama-sama dengan kita kukuhkan barisan dan ukhwah bagi menerima cabaran akan datang. Kita sudah muak dengan janji-janji UMNO dan BN.
Semua orang berhak memberi pendapat masing-masing. Tetapi pendapat yang sebenar datang dari keputusan syura itu sendiri. Dalam jemaah islam kita diajar sistem syura dalam memilih pemimpin atau pun membuat keputusan..
Jika kita lihat dalm gerakan ikhwan muslimin wujud juga perbezaan pendapat dikalangan ulama' ikhwan, namun ukhwah di kalangan mereka tetap terjalin, ini lah yang kita mahukan, kerana hala tuju perjuangan kita tetap tidak berubah...
Sekarang ini lah masanya kita hendak UMNO sedar kesilapannya, apa yang telah dia buat kepada gerakan islam. Ana yakin orang yang khianat dengan perjuangan Islam pasti akan di balas oleh Allah. Kita semua jemaah Islam yakin dengan sikap pimpinan kita, dan ana yakin muktamar kali ini mesti hangat dengan isu muzakarah ini. ada juga dengan isu pakatan rakyat. Tetapi kita dengar ucapan dasar kali ini, kemana hala tuju kita selepas kemanangan yang Allah kurniakan kepada kita ini. Ana yakin Dato' Seri Presiden akan membawa PAS ke arah yang lebih mantap, kita lihat apa yang akan berlaku di muktamar nanti........................

TUNGGU DAN LIHAT!!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 22, 2008

Maaflah kepada semua pembaca sekalian, ana lama tak tulis artikel. sibuk sikit.. Cuma ana ada bunyi desas-desus mengenai dengan muzakarah dengan UMNO. Ana layari laman web harakah dan membaca kenyataan tok guru Mursyidul Am mengenai masalah ini. Ana cukup setuju dengan apa yang di katakan dengan tok guru, ini bukan masanya umno untuk muzarah, tetapi ini adalah masanya untuk umno terima dasar perjuangan kita. Pada ana, sebagai penyokong PAS ini, kita semua tidak mahu peristiwa yang lepas berulang kembali kerana orang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Jika muzakarah ini berlaku, akan wujud sebahagian penyokong PAS akan tidak yakin dengan perjuangan suci ini. PAS muzakarah dengan UMNO ibarat melapaskan anjing yang lapar dari tersepit. Akhirnya akan menggigit kita.
Jika hendak muzakarah, UMNO kena terima dasar kita. tapi jika muzakarah hanya untuk kepentingan seseorang maka ini merupakan satu kesalahan.

UMNO ini sebuah parti yang sesat, kerana dasarnya kebangsaan, sekarang ini masyarakat sudah tidak percaya dengan UMNO, maka mula lah UMNO nak mintak tolong kita, semasa dia senang, mereka ini melanyak kita habis-habisan. betul kata tok guru bahawa sekarang masanya untuk kita lanyak UMNO dan kuburkannya dengan bernisankan keris. Ingat wahai pejuang Islam bahawa kita tidak akan berundur walaupun setapak dalam menghadapi keadaan ini.

Apa yang di buat oleh UMNO tidak dapat kita lupakan sampai bila-bila, ingat atau tidak kepada allahyarham Dr Zukifli yang dilanggar bersama-sama keluarganya, allahyarham Ust Samad Gol yang dikapak di kepalanya, dan yang paling menyedihkan ialah Assyahid Ust Ibrahim Libya yang gugur syahid di Memali?????? Angkara siapakah ini semua kalu bukan UMNO dan BN. Peritnya kita hadapi perjuangan ini, adakah sekarang kita hendak tunduk dengan janji-janji manis UMNO dan BN yang sesat ini, Ana ingin bertanya kepada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini, muzakarah ini, adakah PAS akan ikut UMNO atau PAS akan percaya dengan janji-jani manis UMNO ini. Ibarat kita dah tahu dia pencuri, tetapi kita suruh simpan barangan berharga yang kita ada.
. Kita sangat takut kepada perkara ini akan berlaku.

Apakah kesan dari muzakarah ini?? Ana yakin jika ianya berlaku akan mewujudkan perpecahan yang sangat hebat dalam PAS. Kita kembali lah kepada dasar kita, pahit manis perjuangan ini sama-sama kita tanggung. Sebelum wujud PAKATAN RAKYAT, kita berjuang dalam keadaan yang cukup perit, hendak beri penerangan permit tidak di keluarkan, di tangkap, di tembak dengan peluru hidup, betapa bersungguhnya pejuang Islam ini membela agama yang suci ini. Bayangkan jika kita terpedaya dengan janji-janji manis musuh kita (UMNO).

UMNO tidak ubah seperti yahudi di Palestin yang mengadakan rundingan dengan HAMAS, namun yahudi jugalah yang melanggar perjanjian tersebut. Begitu lah UMNO, royalti yang patut dapat kepada kerajaan Terengganu di nafikan hak walaupun perjanjian telah ada. Dalam muzakarah ni, janji apa pula yang akan ditabur oleh YAHUDI MALAYSIA INI (UMNO).!!!!!!

Sama-samlah kita fikirkan yang mana lebih aulawiyyatnya, golongan profisional harus menerima pendapat para ulama'. Kita hendak supaya UMNO dilanyak atau kita menolong UMNO setelah ianya dilanyak oleh rakyat baru-baru ini.

Maaflah jika tulisan ini mengguris hati mana-mana pihak, tetapi ingat, silap langkah bawa padah!!!!!!!!! Ini bukan musim untuk berbaik dengan UMNO, tetapi zaman kita melanyak UMNO selepas di lanyak oleh rakyat dalam PRU baru-baru ini!!!!!!!!!! Rakyat sudah pun sembelih UMNO baru-baru ini, jadi mari lah kita kuburkan UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
UMNO ibarat bangkai yang busuk, jadi jangan kita pikul bangkai ini, dan jangan bawa bangkai ini dalam perjuangan Islam ini.................................


TAKBIRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 20, 2008

MAKSIAT

Sesungguhnya perbuatan maksiat melemahkan kekuatan hati manusia. Maksiat memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.
Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan oleh Allah dalam hati.
Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman. Imam Malik berkata:
“aku melihat Allah meletakkan cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair: “ saya mengadu pada guru saya Waqi mengenai mutu hafalankuyang buruk,maka ia mengarahkan aku supaya meninggalakan maksiat, ia berkata: Ketahuilah bahawa ilmu Allah itu adalah kemulian dan kemulian Allah tidak di berikan kepada ahli maksiat.”

Antara kesan dan pengaruh maksiat ialah:

1. REZEKI TIDAK LANCAR

Dalam musnad Ahmad, Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba di haramkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Ketaqwaan mendatangkan rezeki dan maksiat mentadangkan kekafiran.


2. HATI JAUH DARI RAHMAT ALLAH

Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, semetara hati yang mati tidak mempunyai perasaan itu.
Ada seorang lelaki mengadu kepada ahli makrifat mengenai perasaan keterasingan hatinya, lalu di jawab ahli makrifat tersebut, “ jika kamu mememukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang merasa keterasingan kecuali kerana dosa”.

3. KETERASINGAN ANTARA MANUSIA

Perasaan terasing bukan sahaja dengan Allah tetapi juga sesama manusia terutamanya dengan mereka yang melakukan kebaikan.


4. ALLAH AKAN MENYULITKAN SEGALA URUSAN

Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu dalam setiap urusannya. Orang yang bertaqwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh dari taqwa akan di sulitkan urusannya.


5 KEGELAPAN DALAM HATI

Kegelapan itu nyata dakam hatinya sebagaimana malam yang gelap. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara kemaksiatan pula adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati, maka seseorang itu semakin kuat berada dalam kebingungan. Akibatnya, ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkannya tanpa di sedari.

6. MALAS DALAM IBADAH

Orang yang melakukan maksiat akan malas melakukan ibadah. Sedangkan segala bentuk pengabdian kepada Allah adalah di beri ganjaran pahala yang melebihi dunia dan seisinya.


7. TERBIASA MEMBUAT DOSA


Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan merasakan bahawa dosa yang dilakukannya itu adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian dari kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak merasakan dirinya terhina. Perasaan itu adalah kelazatan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga dengan menceritakan maksiat yang dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda: “ Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali orang yang terang-terang membuat maksiat dan mencerikan aibnya kapada orang lain pula. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian, betapa bahayanya perbuatan maksiat itu dan mudah-madahan kita di lindungi dan di jauhi dari perkara yang membinasakan diri kita sendiri.

Fiman Allah Taala:

يأيْها الذين ءامنوا قواأنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس وألحجارة عليها ملآئكة غلاظ شداد لايعصون الله مآ أمرهم ويفعلون ما يؤمرون


Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api neraka Allah, yang bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu-batu, dan padanya juga terdapat malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah dengan apa yang diperintahkan kepadanya, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan kepadanya”.
( DI PETIK DARI RISALAH DR A’IDH ABDULLAH AL-QARNI)