Monday, September 28, 2009

salam aidilfitri

pada tahun ini buat pertama kalinya saya beraya dengan isteri, maklumlah sebelum ni bujang lagi,hehehehehe... alhamdulillah kita semua selamat mengerjakan ibadah puasa dengan selamat, diharapkan supaya allah taala memberikan kita ketaqwaan yang tinggi dalam kita mencari mardhatillah...

kelmarin PAS negeri kelantan mengadakan majlis aidilfitri di dataran stadium.. ramai juga mereka yang datang, saya pun tidak ketinggakan untuk ke sana, makanan punya lah banyak, sampai tak larat nak makan,, apa pun majlis tersebut berjalan dengan lancar dan penuh dengan kemeriahan
lebih menyerikan lagi dengan kehadiran tuan guru menteri besar. semua exco kerajaan negeri pun turut hadir, semua Y.B boleh dikatatakan mesra rakyat...

apa pun, tetapi jangan kita lupa untuk meneruskan amal ibadah yang kita lakukan pada bulan ramadhan baru-baru ini, supaya kita menjadi manusia yang sentiasa ingat pada allah taala...

Friday, September 18, 2009

sekilas bicara, pedas rasanya......

salam ukhwah

dah lama tak update ni.. hehehehe.. maaf lah kepada semua kawan-kawan, maklumlah terlalu sibuk dengan tugasan saya. tapi apapun saya tetap akan berusuha untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

sedar atau pun tidak kita dah hampir dengan syawal, bermakna ramadhan akan meninggalkan kita, tidak ada mata-mata yang menangis untuk meninggalkan ramadhan ini, tetapi banyak wajah-wajah yang tertawa untuk menyambut syawal.. ya allah lemahnya iman umat mu di akhir zaman ini. namun yang pasti ramadhan tetap juga akan pergi...ia tetap akan datang kembali, tetapi adakah kita sempat untuk bertemu ramadhan lagi??? jawapan itu ada pada hati masing-masing..

dalam bulan ramadhan ini, banyak perkara yang boleh kita lakukan, tetapi kita masih juga tidak mahu merebut peluang ini... bagi saya, sibuk lah sikit bulan puasa ni, progam padat.. sempat juga saya meronda ke qaryah ramadhan yang bertempat di dataran stadium. kebetulan hari tu ada persembahan nasyid, rasa macam kenal je suara tu.. rupanya kumpulan @#@#H@@... alhamdulillah berjaya jugak mereka tubuh kumpulan nasyid walaupun tanpa saya... memang lah asal penubuhan itu saya yang cetuskan, tetapi masalah dana yang tidak mencukupi, saya nak cari dana untuk mahaad,untuk masyarakat, banyak lagi yang penting, tetapi cara mereka menulis dalam blog mereka semacam saya tak pernah membantu sesen pun, sedangkn mereka buat latihan saya bagi tempat, tetapi semua tu tak dihargai, bukan nak mengungkit tetapi menjawab tuduhan liar dari mereka.... walaupun setiap orang mempunyai masalah peribadi, tetapi jangan cuba untuk menimbulkan tanda tanya.... mereka tidak sabar, mereka ingat nak cari duit ni mudah.... saya tidak mahu megulas panjang lagi.... yang pasti saya akan bagi satu P.A syestem untuk mereka dan mereka jangan cari saya lagi selepas ini kerana mereka dah mempunyai pengurus kumpulan yang cekap dan hebat..... beginilah kehidupan, kadang-kadang bila kita buat satu kesilapan ,dia dah tak nampak kebaikan yang pernah kita buat... susah baru jumpa kita, bila senang semua tinggalkan kita... tetapi ia mengajar kepada kita yang mana kawan dan yang mana lawan... saya doakan kumpulan nasyid tersebut terus menorak langkah untuk berdakwah pada masyarakat..... maaf jika terkasar bahasa....

Sunday, August 9, 2009

Hati Masih Terluka

kadang-kadang hidup ini penuh dengan ujian, aku hampir saja terjerumus ke lembah kebinasaan, tetapi ada lagi mereka yang sayangkan aku, entahlah nak cerita pun susah. hehehehehe.. bila sebut pasal kawan ni, penting jugak kita ada seorang kawan yang betul-betul memahami kita ni, tapi susah nak cari, namun ia akan hadir pada kita jika niat kita berkawan hanya kerana allah,apabila kita terlalu rapat dengan kawan, ada macam fitnah pula yang timbul, tapi ini semua ujian untuk kita tahu hakikat sebenar, siapa insan yang kita berkawan itu......
saya pada hari ni boring sesangat.... xtahu nk kata apa, letih pun ada, 3 progam hari ni.. tapi apa kan daya.. tengok blog kawan-kawan nampak macam hebat...... hehehheh..

nak cerita pengalaman saya sikit je ni... masa saya duduk di terengganu dulu, saya dikata macam-macam oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab, ada dikalangannya ustaz-ustaz yang saya sanjung.... tapi sifat kedengkian mengatasi segalanya... apa pun mereka hanya berani berkata dari belakang tapi tidak berani berhadapan dengan hujjah.. sampai sekarang saya masih terasa hati, tapi saya yakin dengan janji allah memihak kepada yang benar... setiap orang mempunyai kesilapan masing-masing, saya pun ada silap juga.... sama-sama lah kita balik kepada allah...

Saturday, July 25, 2009

dua berita gembira bagi aku

salam,

hampir sebulan telah berlalu kita berperang di manik urai, keputusannya berpihak kepada kita alhamdulillah... namun ramai yang bertanya kenapa mejoriti semakin menurun? di mana-mana pun soalam itu yang di tujukan kepada jemaah... apa pun yang berlaku kita tetap menang, tidak hairan bagi saya, kelatan pernah memerintah dengan mejoriti 1 kerusi dan 2 undi sahaja, namun kerajaan tidak tumbang walaupun ada cubaan dari tangan-tangan yang jahat yang cuba meruntuhkan kejaan islam kelantan.
apa yang perlu kita fahami ialah kita bukan pejuang pas semata-mata tetapi kita adalah pejuang islam, kadang-kadang kita sangat mahir mengenai politik, tetapi kita tidak faham apakah dia yang dikatakan sebagai islam itu sendiri.. sebab itu masih wujud di dalam jemaah perkara bida'ah, khurafat dan sebagainya. ini berlaku oleh kerana kita tidak memahami apakah sebenarnya yang di katakan perjuangan islam...

saya juga panjatkan syukur kepada allah oleh kera tidak lama lagi saya akan bergelar sebagai bapa.. hehehhe. macam-macam perasaan yang saya alami, berdebar pun ada, suka pun ada. mungkin orang lain pun serupa agaknya. namun saya harap kepada semua yang membaca artikel ini sama-sama mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.... saya bercadang tahun depan selepas isteri bersalin, hendak sambung kembali belajar di yaman.. itu lah harapan saya, sebab saya tidak mahu kecewakan semua orang terutamanya us ja yang saya anggap sebagai guru dan abang..... maaf jika tersilap bahasa..... salamullahi alaikum

Sunday, July 12, 2009

NIKMAT ALLAH YANG KITA DUSTAKAN

(petikan tazkirah Ustaz Ismail Kamus- UIK)



Umur manusia ada tiga
satu semalam, dua esok, tiga hari ini..

Umur yg esok kita tak tau apa kesudahan,
Semalam dah lepas, kita dah x boleh buat apa-apa,
yang ada pada kita, masa ini,
kalau nak beribadah masa ni,
kalau nak bertaubat atas dosa-dosa silam pun hari ni.


Jangankan kata umur kita, nafas kita ni pun terbahagi pada 3,
kejap tadi, kejap lagi, dan sekarang.
kejap tadi, dah lepas
kejap lagi, belum tahu...
yang sekarang ni pun,
nafas yang dah tarik, belum tentu dapat hembus keluar

kalau yang sekarang ni tengah hembus nafas,
belum tentu dapat tarik nafas kejap lagi.


UIK juga menyebut tentang mensyukuri nikmat Allah,
nikmat Allah terbahagi pada 2,
nikmat yg kita nampak dan nikmat yang tak nampak..

Nikmat yg kita nampak,
contohnya seperti harta, pangkat, increment gaji dll.
yang tak nampak masyaAllah

UIK bg contoh nikmat yg x nampak,
cuba tgk mata kita, bila tidur mata tutup
bila jaga mata berkelip
kalau tidur mata celik, tak pening kepala kita..

Dan contoh lain UIK bg ialah jantung...

Cuba perhati jantung kita~~~
Bila kita tidur, jantung jalan
bila kita berjalan, jantung jalan
bila kita berhenti jantung jalan
bila jantung berhenti, kita yg jalan ..

MasyaAllah nikmat Allah yg mana kita dustakan?

UIK quote satu hadith " Umur umatku ini dalam lingkungan 60-70 thn"
cantik Allah design umur kita,

Sehari diazan dan diqamatkan
7 hari diberi nama
7 thn solat
10 thn rotan kalau x solat
15 baligh
25 kahwin
40 matang
60 tahun standby~~~~

Tapi ada jugak yg Allah saja x bg ikut design tu..

Maka sbb tu disarankan kita rajinkan berdoa pada Allah
"Ya Allah, janganlah cabut nyawa kami mengejut"

Ada org mati mengejut, x sakit x apa, tau2 mati tercekik buah kelapa..
nauzubillah...


UIK pn mengakhiri tazkirah ringkas itu dengan soalan terakhir~~~

manusia itu terbahagi pd 4 golongan

1- bahagia di dunia dan bahagia dia akhirat
2 -bahagia di dunia tapi celaka di akhirat
3 -celaka di dunia dan celaka di akhirat
4 -celaka di dunia tapi bahagia di akhirat


maka kita di mana2 agak-agaknya?