Sunday, August 9, 2009

Hati Masih Terluka

kadang-kadang hidup ini penuh dengan ujian, aku hampir saja terjerumus ke lembah kebinasaan, tetapi ada lagi mereka yang sayangkan aku, entahlah nak cerita pun susah. hehehehehe.. bila sebut pasal kawan ni, penting jugak kita ada seorang kawan yang betul-betul memahami kita ni, tapi susah nak cari, namun ia akan hadir pada kita jika niat kita berkawan hanya kerana allah,apabila kita terlalu rapat dengan kawan, ada macam fitnah pula yang timbul, tapi ini semua ujian untuk kita tahu hakikat sebenar, siapa insan yang kita berkawan itu......
saya pada hari ni boring sesangat.... xtahu nk kata apa, letih pun ada, 3 progam hari ni.. tapi apa kan daya.. tengok blog kawan-kawan nampak macam hebat...... hehehheh..

nak cerita pengalaman saya sikit je ni... masa saya duduk di terengganu dulu, saya dikata macam-macam oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab, ada dikalangannya ustaz-ustaz yang saya sanjung.... tapi sifat kedengkian mengatasi segalanya... apa pun mereka hanya berani berkata dari belakang tapi tidak berani berhadapan dengan hujjah.. sampai sekarang saya masih terasa hati, tapi saya yakin dengan janji allah memihak kepada yang benar... setiap orang mempunyai kesilapan masing-masing, saya pun ada silap juga.... sama-sama lah kita balik kepada allah...

Saturday, July 25, 2009

dua berita gembira bagi aku

salam,

hampir sebulan telah berlalu kita berperang di manik urai, keputusannya berpihak kepada kita alhamdulillah... namun ramai yang bertanya kenapa mejoriti semakin menurun? di mana-mana pun soalam itu yang di tujukan kepada jemaah... apa pun yang berlaku kita tetap menang, tidak hairan bagi saya, kelatan pernah memerintah dengan mejoriti 1 kerusi dan 2 undi sahaja, namun kerajaan tidak tumbang walaupun ada cubaan dari tangan-tangan yang jahat yang cuba meruntuhkan kejaan islam kelantan.
apa yang perlu kita fahami ialah kita bukan pejuang pas semata-mata tetapi kita adalah pejuang islam, kadang-kadang kita sangat mahir mengenai politik, tetapi kita tidak faham apakah dia yang dikatakan sebagai islam itu sendiri.. sebab itu masih wujud di dalam jemaah perkara bida'ah, khurafat dan sebagainya. ini berlaku oleh kerana kita tidak memahami apakah sebenarnya yang di katakan perjuangan islam...

saya juga panjatkan syukur kepada allah oleh kera tidak lama lagi saya akan bergelar sebagai bapa.. hehehhe. macam-macam perasaan yang saya alami, berdebar pun ada, suka pun ada. mungkin orang lain pun serupa agaknya. namun saya harap kepada semua yang membaca artikel ini sama-sama mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.... saya bercadang tahun depan selepas isteri bersalin, hendak sambung kembali belajar di yaman.. itu lah harapan saya, sebab saya tidak mahu kecewakan semua orang terutamanya us ja yang saya anggap sebagai guru dan abang..... maaf jika tersilap bahasa..... salamullahi alaikum

Sunday, July 12, 2009

NIKMAT ALLAH YANG KITA DUSTAKAN

(petikan tazkirah Ustaz Ismail Kamus- UIK)



Umur manusia ada tiga
satu semalam, dua esok, tiga hari ini..

Umur yg esok kita tak tau apa kesudahan,
Semalam dah lepas, kita dah x boleh buat apa-apa,
yang ada pada kita, masa ini,
kalau nak beribadah masa ni,
kalau nak bertaubat atas dosa-dosa silam pun hari ni.


Jangankan kata umur kita, nafas kita ni pun terbahagi pada 3,
kejap tadi, kejap lagi, dan sekarang.
kejap tadi, dah lepas
kejap lagi, belum tahu...
yang sekarang ni pun,
nafas yang dah tarik, belum tentu dapat hembus keluar

kalau yang sekarang ni tengah hembus nafas,
belum tentu dapat tarik nafas kejap lagi.


UIK juga menyebut tentang mensyukuri nikmat Allah,
nikmat Allah terbahagi pada 2,
nikmat yg kita nampak dan nikmat yang tak nampak..

Nikmat yg kita nampak,
contohnya seperti harta, pangkat, increment gaji dll.
yang tak nampak masyaAllah

UIK bg contoh nikmat yg x nampak,
cuba tgk mata kita, bila tidur mata tutup
bila jaga mata berkelip
kalau tidur mata celik, tak pening kepala kita..

Dan contoh lain UIK bg ialah jantung...

Cuba perhati jantung kita~~~
Bila kita tidur, jantung jalan
bila kita berjalan, jantung jalan
bila kita berhenti jantung jalan
bila jantung berhenti, kita yg jalan ..

MasyaAllah nikmat Allah yg mana kita dustakan?

UIK quote satu hadith " Umur umatku ini dalam lingkungan 60-70 thn"
cantik Allah design umur kita,

Sehari diazan dan diqamatkan
7 hari diberi nama
7 thn solat
10 thn rotan kalau x solat
15 baligh
25 kahwin
40 matang
60 tahun standby~~~~

Tapi ada jugak yg Allah saja x bg ikut design tu..

Maka sbb tu disarankan kita rajinkan berdoa pada Allah
"Ya Allah, janganlah cabut nyawa kami mengejut"

Ada org mati mengejut, x sakit x apa, tau2 mati tercekik buah kelapa..
nauzubillah...


UIK pn mengakhiri tazkirah ringkas itu dengan soalan terakhir~~~

manusia itu terbahagi pd 4 golongan

1- bahagia di dunia dan bahagia dia akhirat
2 -bahagia di dunia tapi celaka di akhirat
3 -celaka di dunia dan celaka di akhirat
4 -celaka di dunia tapi bahagia di akhirat


maka kita di mana2 agak-agaknya?

Saturday, June 13, 2009

MUHASABAH MUKTAMAR

muktamar telah pun berlalu,ia meninggalkan kesan mendalam pada seluruh perwakilan yang ada, isu perpaduan diberhebatkan, alhamdulillah semua kita menyedari bahawa kita tidak bermusuh dengn UMNO, tetapi kita memberi peluang kepada UMNO supaya mengikut kita pula, ini sebenarnya yang disarankan oleh dato' t.guru presiden.
Bukannya kita sertai UMNO tapi UMNO yang perlu ikut kita, sebab itu kita buka pintu perpaduan islam kepada UMNO, bukan pemimpin PAS gila kuasa wahai ahli-ahli jemaah sekelian...... Tetapi kita sasarkan matlamat dakwah kita yang sebenar kepada UMNO yang makin nazak, bukan kita menolong UMNO. Tapi berdakwah pada UMNO.. Saya harap semua ahli memberi kepercayaan penuh pada pimpinan kita supaya kita lebih mantap. Jangan ada unsur hasut menghasut dalam gerakan ini, dan golongan profisional kena ikut cakap ulama' kerana ulama' lebih profisional dari mereka... Jangan jadi mee celup dalam belajar islam..... Rosak lah jemaah jika ada diantara kita yang lawan cakap ulama'... Fikir-fikirkan

Sunday, May 17, 2009

tabik dua belah tangan

saya bersyukur pada allah kerana diberi kesempatan lagi untuk bersama sidang pembaca sekelian...

saya ingin memohon banyak-banyak kemaafan kerana lama tidak menili, maklumlah baru mendirikan rumah tangga.. hehehehe...

saya tertarik dengan apa yang diletupkan oleh us nik abduh dalam tulisannya, saya angkat tabik bukan sebelah tangan tetapi dua belah tangan untuk us...
saya rasa, saya orang yang terlewat memberi komen kerana suasa sudah tidak panas seperti dulu. namun keberanian us nik abduh tidak dapat di nafikan lagi, sanggup di maki, di marah, di fitnah asalkan dapat menyatukan dua hati yang suci... namun allah sahaja yang tahu isi hati mereka-mereka yang cuba mengeruhkan jemaah islam ini. apa yang paling penting semua ahli perlu berdoa kepada allah supaya tidak wujud lagi pengampu-pengampu dalam jemaah. supaya allah taala tunjukkan yang benar itu benar dan batil itu batil !!!!

walau bagaimana pun, kembalilah pada niat yang asal. apa tujuan kita terjun dalam medan ini??? adakah perjuang islam ini satu medan untuk melaga-lagakan sesama sendiri?????... insaf dan sedarlah jemaah sekelian... bahawa medan ini merupakan medan yang amat getir ibarat seorang nelayan berhempas pulas dengan badai ribut dan gelombang di tengah lautan, jika kemudi nya patah maka bot akan hilang arah tujuan...

semoga kita semua di rahmati allah!!!!!