Tuesday, February 9, 2010

HARI YANG PALING MENGEMBIRAKAN

dah lama saya tak up date blog ni, maaf lah kepada semua pembaca. maklumlah dah jadi WALID sekarang...
pada tanggal 22 januari 2010 lahirlah seorang dari zuriat keturunan ku, pada masa kelahirannya aku berada di perak untuk program ceramah.apabila isteri ku mengantar sms pada subuh hari yang dia sakit perut, saya begegas balik pada pukul 11 pg. sampai di grik saya menerima panggilan dari umi ketika itu pukul 1.03 tengahhari yang saya di anugerahkan seorang puteri yang cukup comel... lega rasa hati saya. dengan tidak sedar mengalir air mata ni kerana terlalu gembira... aku bersyukur pada mu ya allah.. saya menamakan dia dengan nama HURUN'AIEN SYAHIRAH. sama-sama berdoa supaya keluarga kami bahagia